IIUM Repository

Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan generasi z dan generasi alfa di aplikasi TikTok

Mohd Fadzil, Nurhaziqah Yasmin and Abdul Hadi, Nur Irdina Safia and Hamidi, Nur’ainun Mardhiah and Mohd Sazali, Nur Alya and Nazir, Faridah (2026) Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan generasi z dan generasi alfa di aplikasi TikTok. International Young Scholars Journal of Languages, 9 (1). pp. 19-34. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (929kB) | Request a copy

Abstract

Bahasa merupakan alat komunikasi yang sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Peralihan komunikasi daripada komunikasi bersemuka kepada komunikasi digital telah membawa kepada kemunculan variasi bahasa seperti bahasa slanga. Kajian ini memfokuskan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan Generasi Z dan Generasi Alfa di aplikasi TikTok melalui kapsyen, komen dan kandungan video yang dimuat naik. Kajian ini berasaskan empat pernyataan masalah utama, iaitu peningkatan penggunaan bahasa slanga di TikTok, dominasi penggunaannya oleh Generasi Z dan Alfa, kesannya terhadap bahasa Melayu standard serta kurangnya kajian perbandingan penggunaan bahasa slanga antara dua generasi ini di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri perbezaan bahasa slanga dalam kalangan dua generasi ini di aplikasi TikTok serta menganalisis kesan-kesan penggunaannya terhadap pengguna TikTok. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dan temu bual. Hasil kajian mendapati sebanyak 28 bahasa slanga dikenal pasti dan diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Analisis tematik terhadap data responden menghasilkan lima tema utama berkaitan kesan penggunaan bahasa slanga, iaitu kesan terhadap penguasaan bahasa Melayu standard, gaya komunikasi, kreativiti linguistik, komunikasi formal serta reaksi emosi dan persepsi sosial. Oleh itu, dapatan ini dapat menggambarkan perubahan sikap, norma dan gaya interaksi sosial dalam era digital.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: bahasa slanga, variasi bahasa, Generasi Z, Generasi Alfa, aplikasi TikTok
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 12 Aug 2026 23:29
Last Update: 12 Aug 2026 23:29
Queue Number: 2026-08-Q4685
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130612

Actions (login required)

View Item View Item