Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah (2022) Manusia dan bahasa bukti kukuh Adam A.S tidak berevolusi dari makhluk sebelumnya. In: Seminar Antarabangsa Linguistik Dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke 11, 29-30 March, UPM. (Unpublished)
|
PDF
Download (419kB) | Preview |
|
|
PDF
Download (456kB) | Preview |
|
|
PDF
Download (252kB) | Preview |
Abstract
Terdapat pertikaian di kalangan ahli akademik tentang kejadiaan Nabi Adam as. Pendapat yang percaya bahawa Nabi Adam as berevolusi dari makhluk yang sebelumya telah terpengaruh dengan teori evolusi Charles Darwin di dalam buku beliau yang bertajuk ‘The Origin of Species’ terbitan tahun 1859. Semenjak dari itu golongan yang percaya pada teori ini telah cuba mengangkat teori evolusi sebagai satu propaganda untuk menghidupkan kembali kajian sains tentang manusia tanpa berpandukan kitab suci. Walaupun pada hakikatnya Darwin sendiri tidaklah berapa serius tentang perkara ini. Namun pada pertengahan kurun ke 20 muncul beberapa individu yang cuba menghidupkan kembali teori ini walapun ditentang oleh beberape pihak yang lain. Antara mereka yang cuba mempertahankan teori ini adalah Profesor Dr Richard Dawkins seorang ahli Biologi yang berfikiran Atheis merupakan seorang professor New College, Oxford. Beliau juga telah menulis beberapa buku tentang ketidakwujudan Tuhan antara buku-bukunya yang mendaulatkan teori evolusi secara tak langsung menafikan kewujudan Tuhan ialah `Why There is No God`, ` The God Delusion` dan `How to Prove God Does Not Exist` merupakan buku-buku terlaris di pasaran antarabangsa. Bertitik tolak dari sini maka menjadi kewajipan bagi setiap muslim yang beriman kepada Tuhan yang satu iaitu Allah SWT membongkar rahsia yang terdapat di dalam al-Quran. Di mana Al Quran dengan jelas memberitahu bahawa Nabi Adam as bukanlah berevolusi dari makhluk sebelumnya. Untuk menganalisis maksud yang terdapat di dalam ayat-ayat Al Quran memerlukan pemahaman kaedah Nahu, Sorof dan Semantik bahasa Arab yang mendalam. Ini kerana tanpa kemahiran ilmu-ilmu tersebut hanya berdasarkan terjemahan al-Quran, ia tidak mampu mengungkap maksud sebenar ayat-ayat tersebut. Oleh itu metod kajian terhadap tajuk yang dikemukakan perlulah bersifat analisis text. Justeru kertas kerja kecil ini diharap dapat memberi meklumat asas kepada para pembaca khusunya kepada mereka yang tidak mempunyai asas kefahaman bahasa Arab secara analitik.
Actions (login required)
View Item |