Rahmat, Hazwani and Idrus, Azean Idruwani
(2022)
Pengetahuan dan penerimaan penggunaan pelekat WhatsApp dalam kalangan pelajar UIAM
Pagoh.
International Young Scholars Journal of Languages, 5 (1).
pp. 82-93.
E-ISSN 0128-2573
Abstract
Proses komunikasi dalam talian menjadi lebih menarik dengan penggunaan
pelekat WhatsApp. Hal ini disebabkan sifat pelekat itu sendiri yang ringkas serta
mudah untuk dikendalikan. Bahkan dengan penggunaan pelekat, pengguna boleh
memperhalusi mesej dan mewakili emosi masing-masing tanpa perlu menulis teks
panjang. Namun begitu, masih terdapat lagi pengguna yang keliru akan
penggunaan fitur unik dalam aplikasi WhatsApp ini. Permasalahan ini menjadi
objektif utama pengkaji untuk mengenal pasti dan menganalisis pengetahuan dan
penerimaan penggunaan pelekat WhatsApp para pelajar di UIAM Pagoh. Pengkaji
telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Satu set
soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden kajian. Bagi
mengukur penerimaan pengguna pelekat WhatsApp pula, pengkaji telah
menjadikan model Penerimaan Teknologi (TAM) melalui empat elemen utama
iaitu Persepsi penggunaan berkesan (PU), Persepsi mudah guna (PEOU), Sikap
(AT) dan Tingkah Laku (BI) sebagai sandaran teori kajian ini. Hasil kajian
mendapati bahawa pengetahuan dan penerimaan responden terhadap penggunaan
pelekat WhatsApp berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min sebanyak
3.37. Kajian ini mendapati bahawa para pelajar masih lagi dalam fasa untuk
membiasakan diri dengan penggunaan pelekat WhatsApp ini. Justeru, pengkaji
mencadangkan kajian analisis perbezaan penggunaan pelekat WhatsApp dalam
kalangan pelajar UIAM Pagoh dilakukan bagi menunjukkan peringkat formaliti
mengaplikasi pelekat WhatsApp sepanjang proses komunikasi dalam talian
berlangsung.
Actions (login required)
|
View Item |