Idrus, Azean Idruwani (2022) Celahan dalam perbualan segmen asam garam rumah tangga. In: Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2022, 31 Mar 2022, KLM, IIUM Pagoh Campus.
PDF
- Published Version
Download (244kB) |
Abstract
Program pengacaraan merupakan perbualan yang dilakukan secara bersemuka dengan memasukkan elemen perbualan harian. Dalam program pengacaraan, perbualan menjadi unsur utama untuk menyampaikan tujuan serta pandangan tentang sesuatu perkara.Pengacara dan orang yang diwawancara memainkan peranan yang signifikan dalam menjayakan sesebuah program pengacaraan.Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur celahan dalam perbualan segmen Asam Garam Rumah Tangga yang dikupas daripada program pengacaraan Wanita Hari Ini. Sebanyak lima topik daripada segmen Asam Garam Rumah Tangga telah dipilih dan dianalisis berdasarkan kaedah analisis kandungan teks. Setiap ujaran dalam teks dianalisis menggunakan Model Celahan oleh Roslina Mamat (2004). Dapatan menunjukkan unsur celahan dalam perbualan Asam Garam Rumah Tangga terdiri daripada celahan gangguan dan celahan pertolongan. Celahan gangguan ini digunakan untuk mengganggu percakapan penutur semasa, seterusnya membawa kepada pengambilan giliran secara tidak sah.Sementara celahan pertolongan pula merupakan celahan yang berperanan untuk menolong penutur semasa, sekiranya pertuturan tidak lancar.Seterusnya, unsur celahan ini turut digunakan untuk merancakkan perbualan.Unsur celahan ini bukan sahaja membantu dalam kelancaran berbahasa tetapi juga mewujudkan kefahaman dalam perbualan antara pemeran. Oleh itu, kemahiran untuk berinteraksi menggunakan unsur celahan perlu difahami, dipelajari dan dikuasai oleh pengguna bahasa
Item Type: | Conference or Workshop Item (Other) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Celahan; Perbualan: Analisis Perbualan: Program Pengacaraan: Segmen Asam Garam Rumah Tangga, |
Subjects: | P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Dr. Azean Idruwani Idrus |
Date Deposited: | 03 Aug 2022 10:17 |
Last Modified: | 30 Nov 2022 16:48 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/99137 |
Actions (login required)
View Item |