IIUM Repository

Solusi stres: 1010 tip praktikal kendali stres

Zakaria, Rozanizam (2021) Solusi stres: 1010 tip praktikal kendali stres. White Coat Group Sdn Bhd, Kuala Lumpur. ISBN 978-967-2705-13-0

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Buku ini ditulis dalam bentuk soal jawab. Setiap persoalan akan dijawab dengan penerangan dan tips praktikal berkaitan dengan topik tersebut. Anda hanya akan dapat memanfaati buku ini dengan baik sekiranya anda menggunakan noktah-noktah penting dari buku ini sebagai pintu untuk anda refklesi kembali dalam kehidupan anda. Ini kerana hanya anda yang benar-benar memahami situasi yang anda lalui. Daripada noktah-noktah umum yang ditulis ini, anda harus terjemahkan dalam kehidupan. Antara yang anda boleh lakukan bagi mengoptimakan manfaatnya ialah dengan membaca dalam suasana yang tenang tanpa gangguan, berhenti pada bahagian bertanda REFLEKSI untuk anda berfikir, merenung ke dalam diri dan bermuhasabah. Berhenti untuk mencatatkan perspektif anda dari apa yang anda baca apabila bertemu bahagian bertana NOTA UNTUK DIRI. Jawab persoalan-persoalan yang diberikan berdasarkan situasi anda sendiri. Bukan dari teori atau pandangan orang lain. Semua tips yang dikongsikan adalah bersifat experiential learning – yang bermaksud anda hanya akan dapat menghayati manfaatnya jiwa anda menjiwainya dalam kehidupan dan merasai sendiri pengalaman mempraktikkan kemahiran tersebut. Manfaatnya tidak akan dapat dirasai jika sekadar membaca bait-bait teori yang ditulis. Sebagaimana anda tidak akan pandai berenang dengan membaca buku panduan berenang, sebegitu juga mana-mana buku panduan kesihatan mental. Anda perlu membinanya dalam kehidupan selapis demi selapis. Sehinggalah ia menjadi binaan yang kukuh dalam kehidupan. Cabar diri anda untuk keluar dari zon selesa. Jangan berpada dengan apa yang telah lakukan selama ini. Bergeraklah untuk mendapatkan hasil. Ingat, segagah mana singa di rimba, dia akan mati kelaparan jika dia enggan bangun dan berlari,berpenat dan belajar dari kegagalan. Sehinggalah dia bertemu hasilnya.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Kesihatan Mental, Stres, Psikiatri, Psikologi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF501 Motivation
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Psychiatry
Depositing User: Dr Rozanizam Zakaria
Date Deposited: 15 Jun 2022 16:24
Last Modified: 15 Jun 2022 16:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/98314

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year