Mohd. Zain, Nor Razinah and Mohd Noor, Azman (2021) Penilaian kritikal terhadap pengurusan pandemik dari perspektif Islam: kajian kes di Malaysia. In: Islam & Peranannya dalam Pembangunan Dinamik Masyarakat Menangani COVID-19 Di Malaysia. USIM Press, Nilai, Negeri Sembilan, pp. 253-283. ISBN 978-967-440-941-8
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (25MB) | Request a copy |
Abstract
Penularan penyakit berjangkit disebabkan oleh virus Covid-19 telah dikesan seawal bulan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, China, yang kemudiannya merebak secara meluas ke seluruh dunia secara cepat melalui perjalanan dan pergerakan manusia. Wabak penyakit ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai suatu pandemik di peringkat global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Dalam menghadapi cabaran seperti ini, didapati bahawa strategi pengurusan pandemik mempunyai persamaan dengan pengurusan bencana. Keunikan ciri-ciri Pandemik Covid-19 dan cara penyebarannya adalah mempengaruhi strategi pengurusan pandemik ini. Adalah menjadi satu keperluan untuk mengikuti ciri-ciri Pandemik Covid-19 dalam mengatur strategi pengurusan pandemik secara konsisten. Ini adalah perlu untuk mengelakkan penyebaran wabak dari orang yang positif terkena virus Covid-19 daripada berjangkit kepada mereka yang masih sihat. Kebanyakan negara-negara telah menyusun atur strategi pengurusan pandemik mereka sendiri bersesuaian dengan situasi politik dan sosio-ekonomi mereka. Melihat kepada Malaysia yang memiliki majoriti rakyat beragama Islam, penyelidikan ini dilakukan dengan tujuan untuk menilai strategi pengurusan pandemik sebagaimana yang diambik oleh Kerajaan Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif dan analisis kandungan, didapati bahawa banyak strategi pengurusan pandemik yang diambil oleh Malaysia bersesuaian dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan menerusi sumber utama Shariah, iaitu Al-Qur’an dan Sunnah.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Covid-19, pengurusan pandemik, Shariah, Al-Qur’an, Sunnah |
Subjects: | J Political Science > J General legislative and executive papers K Law > K Law (General) K Law > K3150 Public law |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF) |
Depositing User: | Asst. Prof Nor Razinah Mohd. Zain |
Date Deposited: | 19 Jan 2022 09:06 |
Last Modified: | 19 Jan 2022 09:06 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/96332 |
Actions (login required)
View Item |