Nopiah, Julaina and Ahmad Fadzil, Muhammad
(2021)
Estetika rasa dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif.
In: Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Kali Ke-7 2021, 13-14 September 2021, UPSI.
Abstract
Kajian ini bertujuan mencungkil falsafah dan juga akal budi Melayu yang tersirat dalam peribahasa berunsurkan rasa.
Dalam kajian ini, sebanyak tiga unsur rasa yang telah dipilih, iaitu rasa kasih, rasa gembira dan rasa duka. Data peribahasa
Melayu dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com.my dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.
Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data.
Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus dan imej binaan yang menunjukkan persamaan
antara konsep yang dibawa dengan elemen pemaknaan dalam peribahasa yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan
perlambangan objek, flora dan fauna dalam peribahasa Melayu yang berunsurkan rasa berfungsi sebagai kekuatan dalam
meluahkan rasa di samping mempunyai hubungan erat antara alam dan kehidupan masyarakat Melayu. Setiap objek
perlambangan yang bersifat konkrit dalam peribahasa telah diterjemahkan melalui imej pemaknaan yang bersifat abstrak
melalui emosi dan perasaan. Bukan itu sahaja, hasil kajian juga membuktikan bahawa kewujudan peribahasa Melayu
bukan hanya mengambil sifat abstrak, analogi dan konsepsi daripada objek sekeliling, malah merupakan satu falsafah ilmu
atau akal budi yang dijadikan amalan dalam masyarakat Melayu yang dipindahkan dalam ungkapan yang berbentuk
peribahasa. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat menunjukkan bahawa pendekatan semantik inkuisitif yang digunakan
sudah begitu ampuh bagi meneliti falsafah dan akal budi Melayu.
Actions (login required)
|
View Item |