Mohd Sabarudin, Aisa Nurfika and Rosly, Nurul Jamilah (2021) Unsur bunga dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif. International Young Scholars Journal of Languages, 4 (2). pp. 188-207. E-ISSN 0128-2573
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (321kB) | Request a copy |
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur ‘bunga’ yang terdapat dalam peribahasa Melayu. Selain itu, pengkaji telah menganalisis makna kiasan Melayu yang akhirnya mengetengahkan akal budi penuturnya. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan sumber data yang terdapat dalam buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai. Kajian ini hanya membincangkan lima peribahasa yang berunsurkan ‘bunga’ untuk dianalisis dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif yang dikemukakan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) dalam Teori Relevans (1986) untuk memahami makna peribahasa dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Hasil kajian mendapati bahawa unsur ‘bunga’ dalam peribahasa mampu memperlihatkan pemikiran masyarakat Melayu yang kreatif dalam mengaplikasikan konsep ‘bunga’ dengan kecantikan, akhlak, benda serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Kajian ini akan dapat membuka minda generasi sekarang untuk melihat betapa kritisnya masyarakat Melayu pada zaman dahulu dalam mencipta peribahasa dengan mengasimilasikan sumber yang digunakan melalui pemerhatian alam sekeliling.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | bunga, semantik, peribahasa, pendekatan semantik inkuisitif, akal budi |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Dr Nurul Jamilah Rosly |
Date Deposited: | 09 Dec 2021 15:54 |
Last Modified: | 09 Dec 2021 15:54 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/94614 |
Actions (login required)
View Item |