Rokis, Rohaiza (2021) Memperkasakan keusahawan sosial produk menstruasi bagi membasmi kemiskinan haid. In: PERRKS 2021, Kuala Lumpur. (Unpublished)
|
PDF
Download (647kB) | Preview |
Abstract
Agak aneh di abad ke-21 ini untuk kita terus membicarakan masalah kemiskinan haid dan pengurusannya yang hingga kini masih tidak dapat dikendalikan secara berkesan oleh kebanyakan masyarakat. Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) meletakkan Matlamat-1 untuk mengakhiri kemiskinan dalam segala bentuk walau di mana sahaja. Namun, kemiskinan haid masih berlaku kepada remaja perempuan dan wanita semenjak dahulu sehingga kini. Tidak mudah bagi mereka mendapatkan atau membeli produk menstruasi kerana kekangan kewangan. Dalam banyak keadaan, ia antara dua keperluan asasi – membeli makanan atau produk haid. Jika masalah untuk mendapatkan produk menstruasi tersebut tidak dipedulikan, ia memberi kesan negatif yang mengganggu gugat keseimbangan kehidupan wanita dan kesihatan awam. Walaupun Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia tidak melaporkan data secara khusus mengenai kemiskinan haid, kementerian tersebut mengakui bahawa perkara ini paling banyak dideritai oleh golongan wanita B40 di Malaysia. Kekurangan data menunjukkan bagaimana isu kemiskinan haid ini sering dipinggirkan di Malaysia. Berdasarkan dari sesi kajian perbincangan bermatlamat (focus group discussion), objektif utama kajian meninjau strategi keusahawan sosial yang dilakukan oleh tiga organisasi keusahawanan sosial – BunPad, KotMe, dan AntPower (nama samaran kajian) dalam menanggani isu kemiskinan haid di kalangan wanita yang kurang berkemampuan. Pengurusan menstruasi adalah perkara yang sangat penting kerana ia meletakkan halangan kepada realisasikan keseluruhan jenis hak asasi manusia, maruah wanita dan kesihatan umum.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Other) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | B40; Menstruasi; Kemiskinan bandar; Kemiskinan haid; Keusahawanan sosial; Wanita |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > HM701 Social systems H Social Sciences > HM Sociology > HM711 Groups and organizations H Social Sciences > HM Sociology > HM831 Social change |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Sociology & Anthropology |
Depositing User: | AP. Dr. Rohaiza Abd. Rokis |
Date Deposited: | 13 Dec 2021 15:13 |
Last Modified: | 13 Dec 2021 15:13 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/94541 |
Actions (login required)
View Item |