IIUM Repository

Aktiviti Antiinfektiviti Streptomyces

Baba, Mohd Shukri and Mohamad Zin, Noraziah and Ahmad, Siti Junaidah and Latip, Jalifah (2017) Aktiviti Antiinfektiviti Streptomyces. In: Aktinobakteria sumber antiinfeksi baharu: satu penerokaan. Penerbit UKM, Bangi, Selangor, pp. 53-62. ISBN 978-967-412-507-3

[img]
Preview
PDF (Bab 5) - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Buku Aktinobakteria Sumber Antiinfeksi Baharu: Satu Penerokaan ini adalah himpunan hasil kajian sekumpulan penyelidik Kumpulan Penyelidikan Novel Antibiotik UKM berkenaan pencarian sumber antibiotik baharu daripada bakteria endofit yang dipencilkan daripada tumbuhan perubatan tradisional serta tumbuhan semula jadi. Kesedaran terhadap keperluan dadah baharu yang spesifik serta lebih selamat memberi satu motivasi yang besar kepada kumpulan penyelidikan ini untuk meneroka dalam pencarian metabolit sekunder yang aktif daripada sumber semula jadi. Aktinobakteria merupakan bakteria endofit yang kebiasaannya dijumpai pada tisu-tisu tumbuhan seperti akar, buah, daun dan batang tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan (etnobotanikal). Kebolehan kumpulan penyelidikan ini di dalam penerokaan pencariaan bakteria endofit yang berupaya menghasilkan sebatian metabolit sekunder semula jadi yang berpotensi sebagai agen antiinfeksi merupakan hasil daripada penyelidikan hampir 10 tahun. Kejayaan ini n secara langsung dapat mengurangkan kebergantungan manusia terhadap dadah sintetik yang berkemungkinan besar boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Projek penyelidikan ini adalah dibawah tajaan dan naungan beberapa geran penyelidikan iaitu Geran Universiti Penyelidikan (GUP), FRGS dan juga ERGS. Antara lain, keistimewaan buku ini adalah ia boleh dijadikan rujukan kepada individu yang ingin mendalami dan memahami kebaikan bakteria endofit ini dalam menghasilkan dadah alternatif baru yang lebih selamat untuk digunakan.

Item Type: Book Chapter
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Allied Health Sciences
Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Biomedical Science (Effective:1st July 2011)
Depositing User: Dr Mohd Shukri Baba
Date Deposited: 27 Sep 2021 10:41
Last Modified: 27 Sep 2021 10:41
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92324

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year