Abd Rahman, Nur Hidayah and Nopiah, Julaina and Suhaimi, Mohamad Suhaizi and Razali, Khairil Azwar and Ramdzan Ali, Al Amirul Eimer (2021) The Muara: A Living River Lab in Muar (Versi Bahasa Melayu). Kulliyyah of Languages and Management, Malaysia. ISBN 978-967-19255-4-6
|
PDF
Download (33MB) | Preview |
Abstract
Buku mewah ini adalah sebuah kompilasi kisah-kisah kejayaan yang merangkumi transformatif pengajaran dan pembelajaran untuk Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, KLM. Kompilasi ini telah diterjemahkan melalui inisiatif projek flagship sebagai platform untuk menyumbang kepada masyarakat dengan meneliti masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan persekitaran di sekitar kawasan Muar. Projek flagship ini telah dimulakan pada bulan Ogos 2018, dan telah disenaraikan sebagai salah satu inisiatif projek utama dalam Pelan Hala Tuju IIUM 2019-2020 (IIUM Roadmap 2019-2020). Projek ini telah berjaya mengintegrasikan sembilan (9) kursus serta menerapkan penyelidikan prasiswazah melalui Projek Tahun Akhir yang melibatkan Jabatan Pelancongan (DOT), Jabatan Bahasa Melayu (DOM), dan Jabatan Bahasa Inggeris (DOE). Projek flagship ini telah menghasilkan pelbagai bentuk penerbitan melalui geran penyelidikan serta berjaya memenangi beberapa anugerah inovasi. Justeru, terdapat pelbagai program libat urus komuniti yang telah dijalankan melalui platform projek flagship ini sejak 2018. Keunikan projek flagship Muara adalah melalui aspek pengajaran dan pembelajaran transformatif yang melibatkan pelbagai disiplin, penyelidikan dan penerbitan, kerjasama antara kulliyyah dan kerjasama luar, serta program penglibatan masyarakat. Projek ini menunjukkan keunikannya dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), kerjasama strategik melalui platform bersama dan mengharmonikan Maqasid Syariah melalui aktiviti dan program yang telah dijalankan. Selain itu, projek ini merupakan usaha berterusan dalam memberi manfaat kepada komuniti setempat dan warga UIAM agar mencapai kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G156.5.S87 Sustainable tourism H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Dr. Nur Hidayah Abd Rahman |
Date Deposited: | 15 Sep 2021 13:49 |
Last Modified: | 15 Sep 2021 13:49 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92277 |
Actions (login required)
View Item |