Nahar, Nora Azian and Rosly, Nurul Jamilah and Mohd Hanapi, Nur Syuhadah and Sahdun, Muhamad Amirul
(2021)
GAYA PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) KAMPUS PAGOH
SEPANJANG PANDEMIK COVID-19.
In: SEMINAR BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MENDEPANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA, 2 -3 JUN 2021, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM.
Abstract
Makalah ini membincangkan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pagoh. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan
apakah gaya pembelajaran atas talian yang digunakan oleh pelajar. Data kajian ini soal selidik yang diadaptasi dan dianalisis menggunakan statistik mudah untuk melihat kekerapan dan peratusan gaya pembelajaran
yang digunakan oleh pelajar. Analisis gaya pembelajaran yang dibincangkan berdasarkan pendekatan Model
Dunn & Dunn (1982). Subjek kajian terdiri daripada 100 orang pelajar dari Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Pagoh yang terdiri daripada pelajar Jabatan Bahasa Melayu
untuk Komunikasi Antarabangsa (MALCOM), Pelajar Jabatan Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa (ENCOM), Pelajar Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa (ARCOM) dan pelajar Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti (TPHM). Hasil dapatan daripada unsur persekitaran menunjukkan sebanyak 52%
sangat setuju jika kelas atas talian berlangsung menggunakan kerusi dan meja. Unsur emosi menunjukkan sebanyak 52% sangat setuju untuk menyiapkan tugasan dengan bimbingan pensyarah sepanjang pembelajaran
atas talian. Selain itu, unsur sosiologikal menunjukkan sebanyak 58% pelajar sangat bersetuju untuk menjalani kelas atas talian tanpa gangguan daripada rakan-rakan sebaya. Berdasarkan unsur fizikal pula, sebanyak
38% pelajar sangat setuju jika paparan dan slaid video sepanjang pembelajaran atas talian dan sebanyak 58%
pelajar dari unsur psikologikal sangat bersetuju jika pensyarah memberikan maklumat keseluruhan tugasan
yang akan dilakukan. Jelasnya, gaya pembelajaran atas talian ini telah mengubah pengamalan gaya pembelajaran lama kepada gaya pembelajaran baharu bersesuaian dengan kaedah pengajaran norma baharu di institut
pengajian tinggi.
Actions (login required)
|
View Item |