Rosly, Nurul Jamilah
(2021)
TEKNOLOGI STRUKTUR KONSEPTUAL DALAM PENGKAJIAN
SEMANTIK GERAKBAHASA MELAYU.
Seminar Abdullah Hassan SAH 2021.
Abstract
Perkembangan teori semantik semakin terus berkembang pada abad ini. Begitu juga
dalam konteks semantik formal iaitu teori struktur konseptual yang dianjurkan oleh
Ray Jackendoff (2010). Kajian ini akan membincangkan konsep utama dalam
pembinaan teori ini dan dapatan data dengan menggunakan leksikal gerak bersifat
ruang bersifat arah iaitu balik bagi melengkapi organisasi pembinaan teori ini.
Perbincangan data ini diambil daripada Pangkalan Data Dewan Bahasa dan Pustaka,
Malaysia sebagai bahan dan contoh kajian. Hasil dapatan menunjukkan terdapat tiga
tatatingkat utama utama yang mendasari teori ini iaitu pemetaan kepada representasi
Peraturan Argumen-Adjung, representasi struktur konseptual dan representasi ruang.
Hasil dapatan menunjukkan, kehadiran gerak ruang bersifat arah, tambah, menjadi dan
orientasi hadir dalam fungsi [PERISTIWA] dan [KEADAAN] yang boleh diramalkan
kehadiran preposisinya seperti dari, daripada, ke, kepada, di, di seberang, di sekitar, di
sekeliling dan di sepanjang dalam hala bersifat terikat, arah dan laluan. Sehubungan
dengan itu kajian ini akan meneliti dan mengkaji leksikal gerak ruang dan bukan ruang
bahasa Melayu secara sistematik dan berpada.
Actions (login required)
|
View Item |