IIUM Repository

Mendepani Cabaran Literasi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Orang Asli Jakun Lenga, Johor: Satu Tinjauan Awal

Rosly, Nurul Jamilah and Mokhtar, Nor Zainiyah Norita (2021) Mendepani Cabaran Literasi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Orang Asli Jakun Lenga, Johor: Satu Tinjauan Awal. Asian Journal of Civilizational Studies, 3 (3). pp. 83-102. E-ISSN 2682-8022

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (598kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti teknik pengajaran literasi bahasa Melayu disamping mengenalpasti masalah literasi yang dialami oleh murid Orang Asli di Lenga, Johor. Kajian ini adalah berbentuk kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pensampelan bertujuan. Seramai lima orang guru bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajian serta menggunakan sampel kajian daripada 23 orang murid Orang Asli keturunan Jakun dalam Tahun 1 hingga Tahun 6. Lokasi kajian memfokuskan kajian di sebuah sekolah rendah kebangsaan di daerah Lenga. Kajian ini juga menggunakan data temu bual yang disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berjalan dengan lancar dan sistematik sesuai dengan tahap keperluan pelajar. Hasil pemerhatian juga mendapati murid Orang Asli dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan rancangan aktiviti yang ditentukan oleh guru. Namun didapati terdapat masalah utama yang dihadapi dalam pembelajaran literasi bahasa Melayu ini iaitu isu motivasi pelajar dan sikap ibu dan bapa masyarakat orang Asli tersebut dalam memberi motivasi kepada anak mereka untuk terus belajar. Selain itu, faktor kesedaran masyarakat orang Asli tersebut yang tidak meletakkan pendidikan sebagai satu jaminan pada masa hadapan untuk terus berjaya. Faktor ini juga mejejaskan minat kepada anak-anak orang Asli ini untuk terus mempelajari bahasa Melayu kerana mereka menganggap tiada kepentingan untuk bertutur dalam bahasa Melayu berbanding bahasa inbunda mereka. Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada pembinaan kurikulum, pentadbiran sekolah dan guru-guru yang mengajar murid Orang Asli.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: bahasa Melayu, literasi, pendidikan orang Asli dan pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu.
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 13 Aug 2021 10:39
Last Modified: 16 Dec 2021 09:51
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91481

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year