IIUM Repository

Semantik kognitif dalam peribahasa Melayu bersumberkan air

Sahdun, Muhamad Amirul and Rosly, Nurul Jamilah (2021) Semantik kognitif dalam peribahasa Melayu bersumberkan air. International Young Scholars Journal of Languages, 4 (1). pp. 140-158. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (261kB) | Request a copy

Abstract

Sesuatu bangsa kebiasaannya berkongsi pelbagai perkara dalam kehidupan seperti prinsip, falsafah dan norma kehidupan yang diperakui dan diterima secara bersama yang akan membentuk akal budi, budaya dan cara hidup sesebuah bangsa. Kajian ini membahaskan peluasan leksikal air dalam peribahasa Melayu berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) dan Kamus Peribahasa Melayu (2015). Seterusnya, kajian ini juga membincangkan pemikiran masyarakat Melayu dalam pembentukan peribahasa bersumberkan ‘air’ berdasarkan kerangka semantik kognitif (2008) yang dinyatakan oleh Imran Ho Abdullah dalam kajiannya Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing. Kajian ini menganalisis 10 peribahasa Melayu yang terdapat dalam Kamus Peribahasa Melayu (2015) dengan menjadikan pendekatan Semantik Kognitif (2008) sebagai sandaran. Berdasarkan dapatan kajian ini juga mendapati bahawa unsur air lazimnya dipetakan kepada suatu yang suci seperti nasihat dan pengajaran serta dipetakan juga kepada sifat dan sikap manusia. Pengkaji mengenal pasti dan membahaskan empat makna teras dan 10 makna pinggiran yang terhasil daripada leksikal air. Secara keseluruhannya, impak penghasilan kajian ini telah menjadi perintis buat kajian yang akan dilaksanakan pada masa akan datang dan menambah penyelidikan berkaitan bidang semantik kognitif

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 6500/91466
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: semantik kognitif, peribahasa Melayu, air, leksikal, makna.
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 13 Aug 2021 10:10
Last Modified: 13 Aug 2021 10:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91466

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year