Mohd Saad, Mohd Faizulamri and Mohamad, Sabri and Abdul Majid, Latifah and Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi and Muhamad Isa, Rabi’atul Athirah
(2021)
Keperluan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Maharat Al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab.
Jurnal al-Turath, 6 (1).
E-ISSN 0128 0899
Abstract
Penyelidikan ini merupakan kajian terhadap keperluan penilaian pelaksanaan mata pelajaran Maharat al-Quran
di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab. Selaras dengan perubahan gelombang pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
yang mengintegrasikan ilmu secara bersepadu. Kurikulum TMUA yang menggabungkan tiga elemen penting
iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik ini telah bermula sejak tahun 2014 lagi. Melihat kepada sejarah
penubuhan TMUA yang baru menjangkau enam tahun penubuhannya, maka kertas kerja ini membincangkan
penilaian kemudahan dan alat bantu mengajar semasa pelaksanaan kurikulum Maharat al-Quran dan kaedah
pengajaran guru TMUA. Fokus perbincangan juga melibatkan beberapa isu dan permasalahan yang berbangkit
merangkumi beberapa elemen penting tentang mata pelajaran Maharat al-Quran ini. Reka bentuk kajian
bersifat kualitatif ini melibatkan empat orang guru TMUA yang mewakili sekolah TMUA setiap zon di
Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kemudahan dan alat bantu mengajar memberikan impak
yang tinggi terhadap keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan. Para guru juga mempunyai kesediaan yang
tinggi terhadap elemen PAK 21 ketika PdPc. Di samping itu, kertas kajian ini juga membincangkankan
beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan isu yang dikaji serta mencadangkan akan keperluan membuat
penilaian terhadap mata pelajaran elektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini sebagai usaha membuat
penambahbaikan terhadap pelaksanaan sedia ada di Sekolah Menengah TMUA.
Actions (login required)
|
View Item |