IIUM Repository

Prosedur perkahwinan melalui wali raja : isu dan permasalahan

Abas, Afridah and Mohd, Azizah and Laeba, Muhammad (2021) Prosedur perkahwinan melalui wali raja : isu dan permasalahan. In: Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia: Teori, Amalan dan Pelaksanaan. Department of Syariah Judiciary Malaysia & Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, IIUM, Putrajaya, pp. 55-70. ISBN 9789670870885

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy
[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Perkahwinan adalah sesuatu hubungan yang suci di dalam Islam dan merupakan satu ibadah kepada Allah SWT. Untuk memasuki satu perkahwinan yang sah, pihak-pihak adalah perlu untuk mematuhi rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Hukum Syara’. Antara rukun yang perlu dipatuhi adalah dengan kehadiran atau persetujuan daripada wali nasab pihak perempuan yang ingin dinikahi. Kegagalan mendapatkan persetujuan daripada wali akan menyebabkan akad tidak dapat direalisasikan dan sekiranya nikah itu berlaku tanpa persetujuan, pernikahan itu dikira tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu dari rukun nikah. Walaubagaimanapun, sekiranya tiada wali atau wali enggan, hak wali berpindah kepada pemerintah atau mereka yang diturunkan kuasa oleh pemerintah untuk menjadi wali. Walaubagaimanapun, berdasarkan pengamatan, banyak kes-kes permohonan untuk berkahwin menggunakan wali raja tertangguh atau dipanjangkan tempoh kerana kesulitan tatacara yang berkaitan dengan proses mendapatkan persetujuan wali raja. Kertaskerja ini bertujuan untuk memeriksa apakah kesulitan prosedur bagi mendapatkan persetujuan wali raja dan melihat cara-cara yang boleh diterima bagi mempercepatkan proses tersebut. Penyelidikan ini adalah berbentuk kualitatif di mana analisis akan dibuat untuk melihat prosedur bertulis yang digariskan oleh undang-undang berkaitan. Kertas kerja ini juga akan memberikan cadangan-cangan bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Adalah diharapkan kertaskerja ini akan memberi manfaat kepada para penyelidik, ahli akademik, pengamal undang-undang dan mayarakat secara keseluruhannya.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: perkahwinan, wali nasab, wali raja, prosedur.
Subjects: K Law > KBP Islamic Law
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law
Depositing User: Dr Azizah Mohd
Date Deposited: 07 May 2021 11:19
Last Modified: 17 Dec 2024 10:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/89714

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year