Amran, Eli Aima Shazila and Nopiah, Julaina
(2021)
Leksikal ‘ayam’ dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif.
International Young Scholars Journal of Languages.
E-ISSN 2735-2900
Abstract
Peribahasa berunsur ‘AYAM’ digunakan sebagai simbol untuk menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat
binatang seperti ayam menyebabkan mereka menggunakan ayam untuk simbol berkias dan
memberikan teguran. Kajian ini menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) dan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dalam menganalisis data. Sebanyak 134 peribahasa dikenal pasti dari portal peribahasa malaycivilization.com namun hanya empat peribahasa
dikenal pasti untuk dianalisis. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis refleksi ayam sebagai perlambangan dalam peribahasa Melayu yang digunakan untuk menyampaikan maksud yang tersirat di sebalik ungkapan. Data peribahasa Melayu telah dikumpulkan dari Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kedua susunan Abdullah Hussain (2016). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga domain peribahasa berobjekkan ayam iaitu kekeluargaan, rezeki dan kelicikan yang mencerminkan keunikan orang Melayu zaman dahulu
dalam berkata-kata. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat dikembangkan lagi dengan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) menggunakan unsur yang berbeza pada masa akan datang.
Actions (login required)
|
View Item |