IIUM Repository

Analisis deiksis dalam novel 9 Nyawa: satu analisis pragmatik

Alias, Maryam Nabilah and Rosly, Nurul Jamilah (2020) Analisis deiksis dalam novel 9 Nyawa: satu analisis pragmatik. International Young Scholars Journal of Languages.. (In Press)

[img] PDF (in press)
Restricted to Repository staff only

Download (816kB) | Request a copy

Abstract

Pengkajian dan penelitian deiksis dalam teks novel amat penting terutama dalam memahami isi cerita tersebut. Hal ini kerana, unsur deiksis ini mempunyai hubungannya dengan konteks pragmatik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis deiksis dalam novel pilihan pengkaji, iaitu 9 Nyawa dan menganalisis deiksis-deiksis tersebut secara terperinci melalui dialog-dialog daripada watak-watak utama novel. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks bagi tujuan pengumpulan data daripada bab 1 hingga 55 novel 9 Nyawa. Kajian ini dijalankan menggunakan Teori Pragmatik Levinson (1983). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kelima-lima jenis deiksis, iaitu orang, tempat, masa, sosial dan wacana terdapat dalam novel ini. Jenis deiksis yang mendominasi ialah deiksis orang sebanyak 587 deiksis mewakili 44.81% dan jenis deiksis yang paling sedikit digunakan merupakan deiksis wacana dengan 44 deiksis, iaitu 3.36%. Analisis dapatan kajian juga mendapati penggunaan deiksis adalah bersesuaian dengan konteks dan tema novel. Penggunaan deiksis orang dengan kata ganti nama diri pertama “saya” lebih kerap digunakan berbanding dengan “aku” kerana novel ini mengetengahkan tema kekeluargaan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan deiksis dalam novel ini diaplikasikan dengan baik. Kajian ini membantu meningkatkan pemahaman mengenai bidang pragmatik khususnya deiksis di Malaysia sekali gus mampu menambah bilangan kajian deiksis yang sedia ada di Malaysia sebagai rujukan tambahan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Pragmatik, novel, deiksis, teori, dialog.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): UNSPECIFIED
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 25 Nov 2020 04:04
Last Modified: 25 Nov 2020 04:04
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/85102

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year