IIUM Repository

Pengurusan Covid-19 di Malaysia: melombong data dari manuskrip perubatan Melayu

Mohd Shafri, Mohd. Affendi (2020) Pengurusan Covid-19 di Malaysia: melombong data dari manuskrip perubatan Melayu. In: Webinar Serantau Pandemik COVID-19, 26th-27th August 2020, Kuala Terengganu, Terengganu (Online). (Unpublished)

[img] PDF (Slides presentation) - Presentation
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy
[img] PDF (Abstract book)
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
[img] PDF (certificate) - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (343kB) | Request a copy
[img] PDF (Invitation letter) - Supplemental Material
Restricted to Registered users only

Download (66kB) | Request a copy

Abstract

Dunia menghadapi pandemik COVID-19 dengan keadaan kurang bersedia meskipun sudah ada amaran awal sejak tahun 2018. Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penularan wabak berbeza mengikut negara dan tahap penguatkuasaan. Ketiadaan rawatan yang berkesan untuk pesakit COVID-19 menyebabkan kadar mortaliti dan morbiditi masih meningkat. Ubat-ubatan sedia ada telah cuba diubahguna contohnya ubat anti-malaria. Ubatan seperti interferon-alpha pula digunakan sebagai percubaan meningkatkan imuniti pesakit walaupun mempunyai kesan agresif dan potensi kesan sampingan yang tinggi. Negara seperti China mengambil langkah berlainan dengan melibatkan ahli-ahli perubatan tradisi Cina dan menggunakan sekurangkurangnya enam formulasi untuk merawat pesakit COVID-19. Sebagai negara yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti ketiga tertinggi di dunia dan sistem etnofarmakologi Melayu dan Orang Asli secara lisan dan bertulis, Malaysia mempunyai potensi untuk melakukan pelombongan data seperti China untuk mendapatkan rawatan-rawatan pencegahan dan pemulihan daripada wabak baru atau yang berulang. Potensi ini boleh dilihat ketika wabak SARS di mana ekstrak daripada bunga lawang telah dijadikan asas kepada ubatan baru, Tamiflu, yang sekarang turut diuji untuk merawat COVID-19. Wabak baru yang akan terus muncul menyebabkan adanya keperluan untuk etnofarmakologi tempatan supaya terus dirujuk di masa hadapan. Oleh itu, pendokumentasian serta pembangunan pangkalan data untuk etnofarmakologi tempatan mesti giat dibina dari sekarang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Additional Information: 6845/89348
Uncontrolled Keywords: Covid 19, dokumentasi, data, manuskrip perubatan Melayu
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology
R Medicine > RZ Other systems of medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Allied Health Sciences
Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Basic Health Sciences (Until June 2011)
Depositing User: Dr Mohd Affendi Mohd Shafri
Date Deposited: 02 Nov 2020 15:28
Last Modified: 02 Nov 2020 15:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/83948

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year