IIUM Repository

Japanese and Hebrew alphabets are almost similars

Shikh Abdullah, Shikh Abdull Rashid and Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah (2020) Japanese and Hebrew alphabets are almost similars. In: Special Interview on Documentary `After Adam`, 23 January 2020, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (366kB) | Preview
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (282kB) | Request a copy

Abstract

BAHASA KAN’AN, PHONECIAN DAN PENULISAN HIEROGLIF Nabi Yusuf a.s. (Ibn Kathir, 2003: 243 − 285) merupakan putera Nabi Yaakub a.s. yang ketujuh daripada 12 orang anak. Ibu Nabi Yusuf a.s. bernama Rahil dan Baginda mempunyai seorang adik lelaki bernama Bunyamin. Allah SWT menganugerahi Baginda ketampanan dan tubuh badan yang sasa sehingga menyebabkan para wanita terpesona kepadanya. Untuk mengkaji bahasa Nabi Yusuf a.s., sejarah Kerajaan Mesir yang menakluki beberapa buah negara, antaranya termasuklah Palestin dan Syria perlu dilihat. Menurut Profesor Redford (1993), Mesir meluaskan jajahan takluknya hingga Palestin dan membawa pengaruh bahasa Kan’an ke Mesir. Bahasa ini berkembang di Mesir disebabkan oleh pengaruh sosial dan politik tentera Mesir. Bahasa purba Mesir terdiri daripada 70 peratus bahasa Kan’an, di samping bahasa lain seperti bahasa Aramaik, Amharik dan Phonecian. Selain itu, beberapa bahasa Afrika seperti bahasa Amharik dan Habshi menjadi sebahagian daripada bahasa yang bertapak di bumi Mesir purba. Tulisan Hieroglif pula ialah simbol yang dilukis pada batu atau kayu untuk berhubung melalui tulisan, seperti tulisan Mismariyyah yang bersimbolkan paku tetapi diiktiraf sebagai bahasa Akkadi dan bahasa Sumeri. Boleh dikatakan masyarakat Mesir kuno mengamalkan bahasa campuran, hasil daripada pengaruh asing. Namun, bahasa yang paling ketara digunakan ialah bahasa Kan’an, iaitu bahasa Keftiu (Redford, 1993: 241). Walau bagaimanapun, bahasa Nabi Yusuf a.s. masih menjadi tanda tanya. Persoalan ini hanya terjawab dengan mengkaji peranan Mesir kuno dalam hubungan antarabangsa dan pengaruh asing terhadap sosiobudaya masyarakat Mesir kuno. Telahan dan tanggapan Redford ada benarnya. Pengaruh asing di bumi Mesir mencorakkan masyarakat berbilang kaum dan keturunan sehingga terhasilnya bahasa campuran (homogenous languages) dalam masyarakat. Oleh itu, bolehlah diandaikan bahawa bahasa Nabi Yusuf a.s. ialah bahasa Mesir kuno yang bercampur dengan bahasa negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Kerajaan Mesir pada ketika itu. Bahasa orang Kan’an, iaitu bahasa Keftiu menjadi bahasa yang paling dominan kerana 70 peratus kata nama daripada bahasa tersebut digunakan dalam bahasa Mesir purba. Jelasnya, andaian yang mengatakan bahawa bahasa pertuturan Nabi Yusuf a.s. ialah dialek Kan’an boleh diterima akal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech/Talk)
Additional Information: 2297/80035
Uncontrolled Keywords: Orang-orang Kan`an, Propaganda, Orientalist
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
A General Works > AZ History of Scholarship The Humanities
B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BM Judaism
B Philosophy. Psychology. Religion > BR Christianity
B Philosophy. Psychology. Religion > BS The Bible
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
D History General and Old World > D History (General) > D051 Ancient History
D History General and Old World > D History (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PA Classical philology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Solehah Yaacob
Date Deposited: 11 Aug 2020 15:29
Last Modified: 11 Aug 2020 15:34
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/80035

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year