IIUM Repository

Pengaplikasian prinsip perancangan dalam novel songket berbenang emas karya Khairuddin Bin Ayip

Mohamad, Akhmal Hakim and Sadin, Mohd Shadan and Ismail, Mohamad Zuber (2019) Pengaplikasian prinsip perancangan dalam novel songket berbenang emas karya Khairuddin Bin Ayip. In: 3rd International Language and Tourism Conference 2019 (ILTC 2019), 18 -19 Oct 2019, Pagoh, Johor.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti sebuah pendekatan dalam dunia kritikan sastera di Malaysia, iaitu Pendekatan Pengurusan. Novel “Songket Berbenang Emas” karya Khairuddin bin Ayip telah dipilih sebagai korpus kajian. Kajian ini menggunakan Prinsip Perancangan, iaitu merupakan satu daripada lima prinsip yang terkandung di bawah Pendekatan Pengurusan yang telah diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan pada tahun 2013. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis peristiwa-peristiwa terpilih yang terdapat di dalam novel “Songket Berbenang Emas” yang memperlihatkan kehadiran Prinsip Perancangan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tidak semua proses dalam prinsip perancangan diaplikasikan oleh watak-watak dalam perisitiwa yang terpilih. Di samping itu, pengkaji juga mendapati bahawa walaupun peristiwa-peristiwa yang terpilih memperlihatkan prinsip perancangan yang rapi, terdapat juga beberapa perancangan yang tidak mencapai matlamatnya. Kajian yang dijalankan ini mampu memberikan dampak yang positif kepada dunia kesusasteraan Melayu melalui kajian tentang Pendekatan Pengurusan. Hal ini juga mampu membuktikan bahawa pengaplikasian pendekatan ini dalam karya- karya kesusasteraan sama ada klasik atau moden adalah sesuatu yang relevan dan wajar untuk diketengahkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 4881/78366
Uncontrolled Keywords: Pendekatan Pengurusan; Prinsip Perancangan, Songket Berbenang Emas, Kesusasteraan
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Mohamad Zuber Ismail
Date Deposited: 30 Jan 2020 10:30
Last Modified: 15 Jul 2020 11:41
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/78366

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year