IIUM Repository

Penyakit buah pinggang kronik boleh dicegah

Sowtali, Siti Noorkhairina (2019) Penyakit buah pinggang kronik boleh dicegah. Dewan Kosmik, 1. pp. 12-16. ISSN 0128-6579

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (637kB) | Preview

Abstract

Buah pinggang merupakan salah satu organ dalam tubuh manusia yang sangat penting. Antara fungsi buah pinggang ialah untuk menapis darah serta bahan kumuh (urea, asid urik, ammonia, air) berlebihan dari tubuh badan, mengawal keseimbangan elektrolit (garam sodium, potassium, klorid, fosfat) dan hormon (renin, angiotensin, aldosteron) dalam mengawalatur keseimbangan isipadu cecair dan tekanan darah dalam tubuh manusia. Secara prinsipnya, buah pinggang sukar untuk mengalami masalah dan seterusnya kegagalan dalam menjalankan fungsi yang disebutkan di atas. Namun begitu, terdapat beberapa faktor risiko memandangkan kebelakangan ini rakyat Malaysia berdepan dengan pelbagai penyakit medikal seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung serta obesiti yang berkait rapat dengan gaya hidup yang kurang sihat. Penyakit buah pinggang kronik (CKD) sekiranya tidak dikawal mampu membawa kepada kegagalan akhir buah pinggang (ESRD) yang menelan kos rawatan yang tinggi seperti terapi penggantian buah pinggang (renal transplant) dan hemodialisis. Oleh itu, pencegahan awal lebih bermakna melalui modifikasi gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Kawalan pemakanan serta senaman merupakan aspek penting dalam kalangan pesakit dengan masalah buah pinggang kronik di peringkat awal seperti CKD Peringkat 1 dan 2. Di samping itu, amatlah penting bagi pesakit untuk sentiasa mematuhi rawatan susulan yang ditetapkan oleh doktor, mengambil ubatan yang telah perskripsikan oleh pegawai farmasi mengikut aturan pengambilan yang dicadangkan oleh jururawat serta mengubahsuai pengambilan pemakanan yang telah dicadangkan oleh pegawai pemakanan / nutrisi.

Item Type: Article (Magazine)
Additional Information: 7522/72395
Uncontrolled Keywords: penyakit buah pinggang, rawatan dan pencegahan
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
R Medicine > RT Nursing > RT82 Nursing As A Profession
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Nursing > Department of Professional Nursing Studies
Kulliyyah of Nursing
Depositing User: Miss Siti Noorkhairina Sowtali
Date Deposited: 11 Jun 2019 10:11
Last Modified: 11 Jun 2019 10:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/72395

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year