IIUM Repository

Media sosial dan kesihatan mental remaja – Dr Ahmad Nabil Md Rosli

Md Rosli, Ahmad Nabil (2019) Media sosial dan kesihatan mental remaja – Dr Ahmad Nabil Md Rosli. The Malaysian Medical Gazette. pp. 1-3.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (757kB) | Preview

Abstract

Penggunaan media sosial di Malaysia Menurut bancian elektronik yang diusahakan oleh organisasi Hootsuit dan We Are Social pada awal 2018, dianggarkan sebanyak 24 juta penduduk di Malaysia adalah pengguna aktif media sosial. Secara purata, penduduk Malaysia menatap alat peranti elektronik selama 3 jam sehari bagi melayari berita, gosip, video, atau berkenalan dengan rakan-rakan di media sosial. Daripada jumlah ini, 1.5 juta (3%) pengguna media sosial jenis biru-putih, terdiri daripada anak-anak remaja yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun. Soalan: Adakah ini satu masalah? Sila duduk dan jangan lari, bacalah selanjutnya. Budaya Teknopoli Sekitar tahun 90-an, seorang ahli teori media dan pengkritik budaya; Neil Postman, dalam karya Technopoly: The Surrender of Culture to Technology, mengingatkan orang ramai tentang bahaya yang menanti masyarakat yang menjadikan teknologi sebagai ‘tuan’, lalu secara tidak sedar menjadi ‘hamba’ yang menagih kepuasan daripadanya. Masyarakat menjadikan teknologi sebagai satu tanda aras baik buruk sesuatu perkara. Jauh daripada menjadi propagandis anti-teknologi (tuduhan yang sering diterima beliau), kepesatan teknologi telah membawa bersamanya kebanjiran maklumat yang belum tentu kesahannya. Jika dahulu maklumat lebih mudah untuk ditapis; menerusi mekanisma saringan yang wujud dalam masyarakat, sifat media sosial yang pantas, mudah, dan melangkaui sempadan sedia ada, sering menyajikan pelbagai maklumat (baca: sesetengahnya palsu, disinformation) kepada setiap pengguna yang setia menanti di tabir peranti. Hasilnya satu ilusi, yang tak tahu, dibilang tahu, dan sebaliknya. Sudah tentu ini boleh menghasilkan satu keadaan huru-hara pada kesihatan psikologi massa ataupun diri sendiri.

Item Type: Article (Electronic Media)
Additional Information: 6878/71473
Uncontrolled Keywords: social media, mental health, adolescent, youth
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
R Medicine > R Medicine (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Psychiatry
Kulliyyah of Medicine
Depositing User: Dr Ahmad Nabil Md Rosli
Date Deposited: 04 Apr 2019 15:07
Last Modified: 04 Apr 2019 15:07
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/71473

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year