IIUM Repository

Konsep sastera Islam oleh Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman El-Muhammady: satu perbandingan (The concept of Islamic Literature by Muhammad Qutb and Muhammad Uthman El-Muhammady: a Comparative study)

Mohd Yusof, Asma’ and Ahmad Safian, Nursafira (2018) Konsep sastera Islam oleh Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman El-Muhammady: satu perbandingan (The concept of Islamic Literature by Muhammad Qutb and Muhammad Uthman El-Muhammady: a Comparative study). In: 5th International Conference on Postgraduate Research (5th ICPR 2018), 29th November 2018, Kajang, Selangor. (Unpublished)

[img] PDF (Programme schedule abstract and certificate) - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (5MB) | Request a copy
[img] PDF - Presentation
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Persoalan tentang gagasan sastera Islam di dunia Arab telah dimulakan oleh beberapa tokoh ilmuan, antaranya Muhammad Qutb. Perbahasan Muhammad Qutb ini secara tidak langsung telah tempias ke dunia Islam, termasuk di Malaysia. Antara ulama Malaysia yang menyahut seruan Muhammad Qutb dalam membincangkan persoalan ini ialah Muhammad Uthman el-Muhammady melalui “Gagasan Sastera Melayu Islami”. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan membincangkan konsep dan gagasan sastera Islam yang dikemukakan oleh Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman el-Muhammady. Selain itu, objektif artikel ini untuk melihat perbandingan idea sastera Islam antara kedua-dua tokoh. Reka bentuk kajian ini ialah kajian perbandingan dengan menggunakan pendekatan kajian kualitatif sebagai metode pengumpulan dan analisis data. Perbandingan difokuskan terhadap pemikiran Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman el-Muhammady tentang konsep sastera Islam. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua tokoh berusaha untuk menjelaskan konsep dan gagasan sastera Islam berdasarkan perspektif dan kepakaran masing-masing. Walaupun berasal daripada dunia yang berbeza, kedua-dua tokoh secara umumnya bersetuju rujukan sastera Islam bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, wujud titik pertembungan antara kedua-dua tokoh berkenaan lantaran beberapa faktor.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Additional Information: 3866/70107
Uncontrolled Keywords: Sastera Islam, Sastera Melayu, Sastera Arab, Muhammad Qutb, Muhammad Uthman el-Muhammady
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 21 Feb 2020 14:57
Last Modified: 21 Feb 2020 14:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/70107

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year