IIUM Repository

Konsep perlaksanaan pengasingan kolej kediaman pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengikut fakulti

Ahmad Azhar, Ahmad Zahirani (2018) Konsep perlaksanaan pengasingan kolej kediaman pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengikut fakulti. In: Konvensyen Kepengetuaan & Felo Penghuni Kolej-kolej Kediaman Peringkat Kebangsaan 2018, 22nd-23rd July 2018, Bangi. Selangor.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kehidupan mahasiswa masa kini bukan semata-mata memerlukan fokus terhadap bidang akademik, malah perlu juga mengutamakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Persepsi majikan dan industri juga telah beranjak, di mana mereka bukan sahaja menekankan perspektif akademik, tetapi jugak aktiviti-aktiviti mahasiswa ketika di luar kelas. Untuk menghasilkan mahasiswa yang hollistik, proses Pendidikan harus berlaku sepanjang masa ketika pelajar tersebut di universiti. Konsep penginapan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah sedikit berbeza jika dibandingkan dengan Universiti Awam yang lain. UIAM menetapkan 100 peratus pelajar universiti untuk menginap di dalam kampus. Sehubungan dengan ini, UIAM mengambil peluang ini untuk memanfaatkan masa pelajar ketika di luar kelas dengan memperkenalkan konsep Kolej Kediaman Berdasarkan Fakulti. Mahasiswa dan mahasiswi akan diasingkan penginapannya mengikut fakulti masing-masing. Ini membolehkan kolej kediaman menjadi platform tambahan untuk mahasiswa dan mahasiswi melakukan aktiviti-aktiviti akademik dengan lebih mudah dan cekap. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kebaikan dan keburukan perlaksanaan sistem pengasingan pelajar mengikut fakulti di UIAM, mengkaji dasar perlaksanaan dan kesannya terhadap mahasiswa dan mahasiswi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 6954/68529
Uncontrolled Keywords: mahasiswa, pengasingan, kolej kediaman, fakulti
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H65 Schools. Institutes of social sciences
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Engineering > Department of Manufacturing and Materials Engineering
Kulliyyah of Engineering
Depositing User: Dr Ahmad Zahirani Ahmad Azhar
Date Deposited: 02 Jan 2019 11:05
Last Modified: 02 Jan 2019 11:05
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/68529

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year