IIUM Repository

Kerajaan Mughal di India menurut Buku Sejarah Umat Islam: karya HAMKA

Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee and Mohd Nor, Mohd Roslan and Jamsari, Ezad Azraai and Ahmad Safian, Nursafira (2013) Kerajaan Mughal di India menurut Buku Sejarah Umat Islam: karya HAMKA. In: Nadwah Ulama Nusantara (Nun) V 2013: Ulama Dan Cabaran Idealisme Semasa, 9th-10th September 2013, Bangi, Malaysia.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (554kB) | Request a copy

Abstract

India merupakan antara wilayah penting dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Hal ini disebabkan wilayah tersebut merupakan antara wilayah yang awal menerima dakwah Islam dan pernah menjadi tapak pelbagai kerajaan Islam hingga tahun 1857. Pencapaian tamadun Islam di India, khususnya ketika era pemerintahan Mughal, turut menyerikan lagi catatan kegemilangan sejarah Islam. Disebabkan itu, fakta dan perbahasan berkaitan Kerajaan Mughal di India dipapar dan dibincangkan dalam karya-karya sejarah dan tamadun Islam, termasuk buku Sejarah Umat Islam karya Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka. Buku ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan sejarah Islam, termasuk berkaitan kemunculan kerajaan-kerajaan Islam, bermula daripada zaman sebelum di Tanah Arab hingga perkembangan agama Islam di kawasan Nusantara. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tulisan Hamka tentang sejarah Kerajaan Mughal di India. Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui paparan dan perbincangan berkaitan sejarah Kerajaan Mughal yang dikemukakan oleh Hamka. Reka bentuk kajian ini ialah kajian sejarah dengan menggunakan pendekatan kajian kualitatif sebagai metode pengumpulan data dan analisis data. Hasil kajian mendapati Hamka mempunyai minat dan kepakaran dalam menghasilkan penulisan sejarah Islam dengan membincangkan perihal masyarakat dan kerajaan -kerajaan Islam dari zaman awal hingga zaman hayatnya, merangkumi juga sejarah Kerajaan Mughal di India. Justeru, karya Sejarah Umat Islam merupakan penulisan bahasa Melayu yang membincangkan sejarah Islam secara umum sekali gus membuktikan ketokohan Hamka dalam bidang sejarah Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 8366/67540
Uncontrolled Keywords: Hamka, sejarah Islam, India, Mughal, tamadun Islam
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 23 Aug 2019 10:48
Last Modified: 23 Aug 2019 10:48
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/67540

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year