Asmawi, M. Zainora (2017) Perancangan sumberjaya semulajadi dan kawasan sensitif alam sekitar di negeri Selangor: Isu, cabaran dan potensi pembangunan. IIUM Press, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 978-967-418-664-7
PDF (Record created for MyRA's Masterlist)
- Submitted Version
Restricted to Repository staff only Download (170kB) | Request a copy |
Abstract
Buku ini mengupas mengenai urusan perancangan, pembangunan dan pengurusan sumberjaya semulajadi dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di negeri Selangor dalam konteks amalan sistem perancangan bandar. Aspek alam sekitar dan pengurusan sumberjaya adalah penting di dalam perancangan pembangunan di Negeri Selangor bagi mencapai pembangunan mampan di peringkat negeri. Aktiviti pembangunan tanah dan sumber semula jadi merupakan teras kepada pembangunan ekonomi, sosial dan kualiti hidup masyarakat di negara kita. Kandungan buku ini mengandungi aspek bentuk muka bumi, kualiti air sungai, marin serta kuala, udara, bunyi, kedapatan sumberjaya dan KSAS menurut perancangan bersepadu guna tanah di Selangor. Secara keseluruhannya, perancangan, pembangunan, pengawalan dan pemantauan aspek kualiti persekitaran telah dibincangkan di dalam beberapa perundangan, dasar dan polisi pembangunan sama ada di peringkat nasional dan negeri. Pengumpulan data untuk tujuan analisis banyak merujuk kepada data sekunder bersumberkan laporan rasmi jabatan yang berkaitan dengan aspek alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan di peringkat negeri. Terdapat juga data primer diperolehi secara langsung dari jabatan tertentu dari sistem rekod mereka, manakala data bunyi bising dijalankan dari kaedah penyiasatan in-situ. Penemuan semasa mendapati walaupun Selangor mengalami pembangunan pesat, tetapi aspek kualiti persekitarannya berada di peringkat sederhana memuaskan dan tiada isu pencemaran alam sekitar yang ketara atau kritikal. Sebagai contoh, kualiti air Sungai Klang telah merekodkan sedikit peningkatan dari segi bacaan Indeks Kualiti Air (IKA). Namun begitu, perhatian perlu diberikan kepada aspek pemuliharaan KSAS yang semakin diancam pembangunan. Pihak yang berwajib seharusnya mengambil langkah yang proaktif untuk mewartakan KSAS mengikut bidangtugas jabatan masing-masing.
Item Type: | Book |
---|---|
Additional Information: | 3126/61919 - Library has no copy |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Architecture and Environmental Design Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Urban & Regional Planning |
Depositing User: | Dr MZainora Asmawi |
Date Deposited: | 19 Jul 2018 04:27 |
Last Modified: | 06 May 2021 23:48 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/61919 |
Actions (login required)
View Item |