IIUM Repository

Perbandingan metafora adjektif Bahasa Melayu dengan Bahasa Thai

Md Nasir, Sanat (2016) Perbandingan metafora adjektif Bahasa Melayu dengan Bahasa Thai. International Journal Of Malay Language (iJMLA), 1 (Jan-Jun 2016). ISSN 0127-4724 E-ISSN 2550-1690

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (457kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini berfokus pada perbandingan dua buah bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Thai dari segi penggunaan adjektif. Analisis perbandingan tersebut bersifat kualitatif memandangkan kedua-dua bahasa itu mempunyai keluarga bahasa yang berbeza dan demikian juga dari segi agama dan budaya masing-masing. Bahasa Melayu daripada cabang Austronesai manakala bahasa Thai daripada Tai-Kadai. Penutur bahasa Melayu kebanyakannya beragama Islam sedangkan bahasa Thai beragama Buddha. Dari segi budaya pula, bahasa Melayu lebih kepada Melayu- Islam berbanding dengan bahasa Thai yang lebih kepada Thai-Buddha. Kekayaan bahan yang demikian memungkinkan menjadi dorongan untuk mengkaji aspek metafora adjektif secara perbandingan dan kualitatif. Dalam tesis Ph.D Nureeda (2007), model semiotik digunakan untuk membandingkan metafora bahasa Melayu dengan bahasa Thai berdasarkan dua buah novel tetapi sekadar membuat klasifikasi secara kuantitatif dan sedikit aspek perbandingan kualitatif. Kertas ini walau bagaimanapun mengemukakan analisis bandingan kualitatif secara rinci tentang penggunaan adjektif dalam kedua-dua bahasa untuk menjelaskan perbezaan budaya dengan menggunakan Model Wacana Mega (Sanat, 2005). Data adjektif diambil daripada tesis Ph.D Nureeda (2007)

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 7453/61593
Uncontrolled Keywords: penggunaan metaphor , perbandingan kualitatif, model wacana mega
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Malay World & Islamic Civilisation
Depositing User: Dr Sanat Md Nasir
Date Deposited: 24 Jan 2018 16:12
Last Modified: 24 Jan 2018 16:12
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/61593

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year