IIUM Repository

Pendekatan harmoni Shaykh Dawud al-Fatani dalam isu-isu akidah dalam masyarakat Melayu: tumpuan terhadap polemik ayat-ayat mutasyabihat

Mohamad, Hasbullah (2017) Pendekatan harmoni Shaykh Dawud al-Fatani dalam isu-isu akidah dalam masyarakat Melayu: tumpuan terhadap polemik ayat-ayat mutasyabihat. In: International Seminar on Islamic Civilization and Thoughts ( INSIST) 2017), 20 November 2017, Dewan Persidangan School of Humanities , USM, Pulau Pinang. (Unpublished)

This is the latest version of this item.

[img] PDF (Unpublished) - Accepted Version
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
Official URL: http://insist.usm.my

Abstract

Shaykh Dawud al-Fatani merupakan di antara ulama dan pengarang terulung di Kepulauan Melayu pada akhir kurun ke-18 dan 19. Beberapa karangan beliau telah menjadi rujukan utama di Alam Melayu dalam ilmu akidah, fiqh, dan tasawwuf. Sebahagian kitab-kitab beliau seperti al-Durr al-Thamin, Munyat al-Musalli, Furu’ al-Masa’il dan Minhaj al-Abidin menjadi rujukan penting dalam pengajian ilmu di sana. Ini membuktikan bahawa pengaruh beliau amat besar dan signifikan. Di samping kesarjanaannya yang tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu, beliau juga mempunyai pendekatan yang unik di dalam mengupas isu-isu akidah khususnya dalam masyarakat Melayu yang menjadi perbahasan di kalangan ulama di zamannya. Di dalam isu ayat-ayat Mutasyabihat, beliau menyelesaikan polemik Salaf dan Khalaf dengan mengambil pendekatan harmoni untuk megelakkan perpecahan terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk memastikan bagaimanakah beliau menggunakan pendekatan harmoninya di dalam menguruskan polemik tersebut dengan mengambil kira tahap dan status keilmuan seseorang sebagai asas penilaiannya ke arah mencapai matlamat akidah iaitu ma’rifat Allah (mengenal Allah). Penggunaan dalil-dalil naqli dan aqli juga merupakan sebahagian daripada metodologi beliau dalam menguruskan perkara tersebut. Justeru, kajian ini akan menyerlahkan kematangan dan kesarjanaan beliau di dalam perkembangan ilmu khususnya di Kepulauan Melayu yang boleh menjadi panduan untuk generasi kini dalam menelusuri polemik masyarakat Islam secara harmoni.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 4889/61072
Uncontrolled Keywords: Shaykh Dawud al-Fatani, Pendekatan Harmoni, Ayat- Ayat Mutasyabihat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of General Studies
Depositing User: Dr Hasbullah Mohamad
Date Deposited: 11 Jan 2018 13:39
Last Modified: 11 Jan 2018 13:39
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/61072

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year