Jamani, Nurjasmine Aida (2017) Penyusuan tanpa kelahiran: perkara yang perlu anda tahu dan jangka. The Malaysian Medical Gazette.
|
PDF
- Published Version
Download (803kB) | Preview |
Abstract
Kelahiran seorang cahaya mata sememangnya dinantikan oleh kebanyakan pasangan yang telah berkahwin. Melalui detik-detik manis dalam perjalanan menjadi seorang ibu daripada mula hamil, melahirkan dan seterusnya menyusukan si bayi adalah sesuatu yang didambakan oleh seseorang wanita yang telah berkahwin. Namun begitu, ada segelintir wanita yang sudah berkahwin tetapi tidak dikurniakan rezeki untuk melalui detik-detik indah menjadi seorang ibu. Pelbagai usaha dan rawatan telah dijalankan untuk mendapatkan seorang cahaya mata namun masih hampa. Lalu pengambilan anak angkat menjadi alternatif bagi pasangan ini untuk merasai pengalaman menjadi ibu bapa. Dewasa ini, ramai pasangan yang baru memiliki bayi angkat ingin merasai sendiri pengalaman penyusuan susu ibu walaupun tidak pernah hamil. Ini adalah langkah yang baik untuk meningkatkan jalinan kasih sayang antara ibu dan bayi angkat. Selain itu, bagi masyarakat Islam pula tujuan menyusukan bayi angkat mereka adalah memudahkan perhubungan mereka sebagai anak dan ibu susuan. Proses penyusuan anak angkat yang dikenali sebagai proses cetusan laktasi adalah tidak mustahil dan boleh dilakukan.
Item Type: | Article (Electronic Media) |
---|---|
Additional Information: | 5696/59087 |
Uncontrolled Keywords: | breastfeeding, Malaysia |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) R Medicine > RG Gynecology and obstetrics R Medicine > RJ Pediatrics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011) |
Depositing User: | Dr Nurjasmine Aida Jamani |
Date Deposited: | 18 Dec 2017 11:33 |
Last Modified: | 04 Feb 2018 03:27 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/59087 |
Actions (login required)
View Item |