Kamarudin, Abdul Rani and Ahmad Fuzi, Fauziah Hani (2017) Perintah kehadiran wajib: suatu anjakan paradigma untuk kesalahan-kesalahan jenayah kecil. In: 1st Melaka International Conference on Social Sciences 2017 (Melicoss' 2017), 29 & 30th July 2017, Hotel Holiday Inn Melaka.
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (5MB) | Request a copy |
Abstract
Tidak semua kesalahan jenayah, pesalah-pesalah yang sabit pertudohannya wajar dijatuhkan dengan hukuman menggunakan pendekatan yang bersifat keseksaan terutamanya jika kesalahan-kesalahan jenayah itu adalah kesalahan jenayah kecil. Melaksanakan keadilan jenayah tidak semestinya dengan memenjarakan pesalah-pesalah. Perintah Kehadiran Wajib (PKW) adalah alternatif terbaik kerana adanya pendekatan restoratifnya dalam hukuman itu. Biarlah penjara dikhususkan untuk pesalah-pesalah tegar dan yang melakukan kesalahan-kesalahan jenayah berat sahaja. PKW adalah sebahagian dari Perintah dibawah undang-undang dalam menjatuhkan hukuman dimana mahkamah dapat tidak, dikehendaki peka untuk melaksanakannya keatas mana-mana pesalah-pesalah kesalahan jenayah kecil jika wajar. Makanya, PKW sudah sepatutnya menjadi hukuman yang bukan tidak lazim diguna pakai bagi hakim-hakim bila menjatuhkan hukuman. Berbeza dengan hukuman penjara yang sudah menjadi lazim untuk pesalah-pesalah kesalahan jenayah, dibawah PKW, hukuman itu bersifat mendidik pesalah-pesalah dan memperbaiki semula (restoratif) keadaan dan apa-apa kerosakan yang timbul dari perbuatan kesalahan jenayah itu melalui kerja amal serta didikan dalam masyarakat, bukannya didalam kongkongan penjara. Ianya tentu menguntungkan bukan sahaja masyarakat, bahkan pesalah-pesalah itu juga masih boleh terus menjana produktiviti sosio ekonominya serta menjimatkan kos bagi kerajaan. Dalam perbincangan ini, skop pemakaian dan bagaimana PKW harus dilaksanakan akan dijelaskan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Plenary Papers) |
---|---|
Additional Information: | 1590/57832 |
Uncontrolled Keywords: | Hukuman, Penologi & Pemenjaraan |
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice |
Depositing User: | Assoc. Prof Dr. Abdul Rani Kamarudin |
Date Deposited: | 02 Aug 2017 15:09 |
Last Modified: | 02 Aug 2017 15:09 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/57832 |
Actions (login required)
View Item |