Abd. Hamid, Felza Zulhibri (2015) Tajwid teori mudah. Sohabah Salam entreprise, Kuantan, Pahang. ISBN 978-967-1216-4-6
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (31MB) | Request a copy |
Abstract
Buku “Tajwid Teori Mudah” ini adalah buku pertama penulis yang memfokuskan kepada ilmu pembacaan al-Quran merujuk kepada kefahaman teori. Buku ini disandarkan dengan perkataan “Mudah” merujuk kepada dua perkara, iaitu pertamanya, susunan bab berdasarkan pembahagian yang penulis pilih lebih memudahkan para pembaca untuk memahami ruang lingkup permasalahan ilmu teori ini. Penulis membahagikan kepada tiga bahagian besar diikuti bab-bab yang bernaung di bawah bahagian masing-masing. Keduanya,hubungan antara ilmu Tajwid dengan ilmu Qiraat diperkemaskan dalam setiap permasalahan yang berkaitan agar segala fakta yang dibentangkan bertepatan dengan bacaan yang mutawatirah sekaligus memudahkan kefahaman pembaca kerana ianya terbina daripada pengertian yang diambil daripada asas yang sebenar.Setiap penulis sudah pasti mempunyai objektif yang mahu disasarkan dalam setiap karya yang mereka hasilkan. Begitu juga dengan penulis yang mana secara peribadinya melalui buku ini ingin menerapkan dua pendekatan iaitu pertama,menerapkan konsep “mesra Melayu” di mana penulis membangkitkan masalah yang menjadi kebiasaan bagi orang Melayu memperdebatkannya ataupun berpegang kepada kefahaman yang tidak betul dan tidak kurang juga permasalahan tersebut melibatkan isu-isu semasa yang berkait dengan pembacaan al-Quran. Keduanya, mendekatkan pencinta seni pembacaan al-Quran kepada tugas sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Hal ini demikian tugas sebenar ahli al-Quran adalah menjadi benteng yang pertama mempertahankan Islam daripada anasir yang semakin mengganggu gugat kesucian Islam. Justeru penulis menerapkan kata-kata semangat, sebahagiannya dipetik daripada kata-kata para ulama haraki agar dengan ini, moga-moga objektif penulis tercapai, iaitu mendekatkan ahli al-Quran dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah melalui ilmu Tajwid dan Qiraat. Dalam membekalkan fakta-fakta dalam buku ini, penulis menyertakan sekali dalil sama ada dari matan ataupun daripada kitab yang dinukilkan oleh para Qurra yang mu’tabar dalam bidang Qiraat dan Tajwid. Ianya sekaligus dapat mendidik para pembaca untuk berpegang kepada fakta yang dikuatkan dengan dalil yang sahih.Dalam buku ini juga, kadangkala penulis menyertakan sekali pandangan peribadi penulis dalam memberi gambaran kepada permasalahan yang diperbincangkan. Pandangan tersebut tidak bermaksud untuk memaksa para pembaca berpegang dengannya, jauh sekali untuk dijadikan hukum apatah lagi fatwa. Ianya sekadar untuk memberi maklumat tambahan terhadap sesuatu permasalahan agar diadili dengan seadil mungkin dan terpulang kepada para pembaca sama ada mahu menerimanya atau sebaliknya.
Item Type: | Book |
---|---|
Additional Information: | 4906/55126 - Library has no copy |
Uncontrolled Keywords: | Tajwid, teori |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP130 Works about the Qurʼān |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion |
Depositing User: | Felza Zulhibri Abd Hamid |
Date Deposited: | 13 Jan 2021 16:50 |
Last Modified: | 13 Jan 2021 16:52 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/55126 |
Actions (login required)
View Item |