IIUM Repository

تاريخ المصحف الشريف = Sejarah Mushaf Al-Syariff

Abd. Hamid, Felza Zulhibri (2013) تاريخ المصحف الشريف = Sejarah Mushaf Al-Syariff. Sohabah Salam Entreprise, Kuantan, Pahang. ISBN 978-967-12126-2-2

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (10MB) | Request a copy

Abstract

Al-Qur’an sebagai contoh, mempunyai banyak kisah-kisah manusia terdahulu yang memperlihatkan kesombongan, keengkaran, kedegilan, ketaksuban dan bermacam-macam lagi perangai yang akhirnya menghalalkan bala Allah s.w.t ke atas mereka atas sebab kemungkaran tersebut. Tetapi sayangnya, ‘ibrah daripada kisah-kisah ini semacam tidak diperdulikan langsung oleh kebanyakkan umat Islam lantas menjadikan al-Qur’an itu hanya bahan bacaan semata-mata, tidak lebih daripada itu. xv Maka dengan ini, dalam membentangkan fakta-fakta tentang sejarah mushaf bermula daripada asal kemunculan bahasa Arab sehinggalah munculnya sebuah mushaf yang lengkap, penulis cuba menyertakan sekali pengajaran yang tersemat ketika mana ayat-ayat al-Qur’an itu dikumpulkan merentasi tiga zaman yang berlainan. Hal ini demikian ianya diharapkan mampu menyedarkan umat Islam khususnya bagi mereka yang bergelumang dengan al-Qur’an sepanjang masa agar kembali mengingati tugas utama mereka iaitu menjadi khalifah di muka bumi Allah s.w.t. Penulis cuba menghuraikan peranan para Huffaz dan Qurra’ dalam ruang lingkup yang lebih luas sesuai dengan kelayakan mereka sebagai pembaca, pendendang dan pembawa ayat-ayat Allah s.w.t sepanjang masa. Penulis juga membentangkan sebuah fakta yang menunjukkan bahawasanya profesion tentera merupakan watak yang paling utama terlaksananya pengumpulan al-Qur’an kali ketiga. Disamping itu, buku ini juga membentangkan isu-isu kontemporari yang berkaitan dengan mushaf dalam usaha menyegarkan kandungannya agar selari dengan tuntutan semasa. Sesungguhnya, sesuatu ilmu itu jikalau disertakan dengan ruh perjuangan ianya akan menjadikan ilmu tersebut segar sepanjang masa kerana sifat perjuangan itu sendiri berpanjangan sehingga hari qiyamat. Maka dengan ini, mana-mana ilmu yang tiada langsung disertakan ruh perjuangan ianya akan hanya menatijahkan empunya diri hilang pedoman, tidak tahu ke mana ilmu itu hendak ditujukan, semakin banyak ilmu semakin tegar melawan Tuhan sekaligus menjadikannya semakin jauh dari yang Maha Menjadikan dan lama-kelamaan menjadi makanan ringan bagi Syaitan.

Item Type: Book
Additional Information: 4906/55119 - Library has no copy
Uncontrolled Keywords: Mushaf Al-Syariff, Al-Quran
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP130 Works about the Qurʼān
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP134 Qur'an
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Depositing User: Felza Zulhibri Abd Hamid
Date Deposited: 13 Jan 2021 12:08
Last Modified: 13 Jan 2021 12:08
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/55119

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year