IIUM Repository

Ortodontik dan anda: buku maklumat pesakit

Abu Bakar, Noraini and Tan, Lawrence (2015) Ortodontik dan anda: buku maklumat pesakit. IIUM Press, Kuala Lumpur. ISBN 978-967-418-377-6

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (5MB) | Preview

Abstract

Rawatan ortodontik kini semakin popular. Gigi yang teratur dan senyuman yang manis dilihat sebagai salah satu daripada kunci ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Kami mendapati pesakit-pesakit umumnya tidak begitu memahami proses rawatan ortodontik. Pesakit lazimnya hanya mempunyai gambaran hasil akhir rawatan, tetapi tidak menyedari akan langkah-langkah yang mesti dilalui semasa rawatan dan juga komitmen yang di perlukan untuk mendapat keputusan rawatan yang baik dan mengekalkan keputusan akhir rawatan yang di perolehi. Buku ini dihasilkan dengan tujuan utama untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada sesiapa yang menginginkan rawatan ortodontik. Fokus lain adalah untuk memaklumkan perkara-perkara yang perlu diketahui pesakit sebelum, semasa dan selepas rawatan. Kami juga berusaha untuk menerangkan mengenai faedah dan risiko rawatan, juga usaha dan komitmen yang diperlukan bagi mendapatkan hasil rawatan yang diidamkan. Kami berharap buku ini akan memberi manfaat kepada pembaca. Bagi mereka yang sedang berfikir atau merancang untuk menjalani rawatan, kami berharap setelah mengetahui segala fakta dan maklumat dari buku ini, anda akan dapat membuat keputusan yang bijak dan terbaik untuk kepentingan anda. Bagi pesakit yang sedang menerima rawatan pula, kami berharap anda mengetahui komitmen yang diperlukan daripada pihak anda. Semoga buku ini membawa kebaikan bagi semua.

Item Type: Book
Additional Information: 5978/51797 fp pRK521T161O7 2015
Uncontrolled Keywords: Ortodontik, orthodontic
Subjects: R Medicine > RK Dentistry
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Dentistry
Depositing User: Asst Prof Dr Noraini Abu Bakar
Date Deposited: 25 Aug 2016 10:35
Last Modified: 17 Aug 2022 12:22
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/51797

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year