Malik, Maszlee, ed. (2016) ISIS: IS/ISIL/DAESH. PTS Publishing House, Batu Caves, Selangor. ISBN 978-967-411-895-2
|
PDF
- Published Version
Download (1MB) | Preview |
Abstract
Selepas tercetusnya revolusi rakyat di Syria pada tahun 2011, umat Islam telah menyaksikan siri peperangan saudara di antara rejim Bashar al-Asad dan rakyatnya. Walaupun kebangkitan rakyat di Syria bukanlah semestinya serupa seperti kebangkitan rakyat di negara-negara Arab Spring lain seperti di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman, namun krisis yang berlaku mempunyai implikasi yang sama ataupun lebih dahsyat dari apa yang berlaku di negara-negara berkenaan. Sehingga hari ini, belum lagi ada apa-apa petunjuk yang menampakkan peperangan saudara di Syria akan berakhir. Peperangan saudara di Syria mempunyai satu kelainan berbanding revolusi di negara-negara Arab Spring, iaitu ianya berkait dengan Iraq, dan ianya menimbulkan isu lain yang telah mengaburi isu asalnya iaitu perlawanan di antara rejim diktator Bashar al-Asad dengan rakyatnya. Isu yang terkini timbul rentetan dari peperangan saudara di Syria ialah isu Islamic State (IS) atau Dawlah Islamiyah, ataupun sebelum 29 Jun 2014 dikenali sebagai Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL), ataupun di dalam bahasa Arabnya dipanggil Da’esh (Dawlah Islamiyah fi al-Iraq wa Bilad al-Syam). Persoalannya siapakah IS? Apakah pegangan mereka? Bagaimanakah cara berfikir mereka? Bagaimana pulakah hukum penglibatan anak-anak muda Muslim kita dengan IS? Buku yang menghimpunkan tulisan para ilmuwan, ulama dan pengkaji ini bertujuan untuk memperkenalkan IS, fikrah mereka, pandangan para ulama kontemporari terhadap mereka, segala yang berkaitan dengan penglibatan mereka di dalam isu Iraq dan Syria, dan juga menanalisis tentang factor-faktor yang mebawa kepada aktiviti ekstrimisme dan keganasan, serta beberapa perbincangan tentang jihad yang sebenar di dalam Islam.
Item Type: | Book |
---|---|
Additional Information: | 3341/51723 |
Uncontrolled Keywords: | ISIS, IS, ISIL, DAESH |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform J Political Science > JF Political institutions (General) > JF51 General works. History |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh |
Depositing User: | Dr Maszlee Malik |
Date Deposited: | 22 Aug 2016 10:08 |
Last Modified: | 06 Jan 2017 08:48 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/51723 |
Actions (login required)
View Item |