Syed Osman Idid, Syed Zahir Idid
(2016)
Farmakologi okular.
IIUM Press Series of Textbook from the Islamic Perspectives
.
IIUM Press, Kuala Lumpur.
ISBN 978-967-418-341-7
Abstract
Buku ini sesuai sebagai buku asas untuk bidang optometri terutamanya berkaitan pengetahuan farmakologi. Isi buku ini diatur mulai dengan memberi penjelasan asas farmakologi seperti definisi reseptor, agonis, antagonis serta prinsip farmakologi am terutamanya mengenai farmakokinetik dan farmakodinamik. Bab awal menerangkan farmakokinetik secara am dan kemudiannya ditumpukan lebih khusus kepada farmakokinetik optometri. Bab-bab seterusnya adalah mengenai sistem saraf autonomik dan ubat-ubatan yang berguna dalam bidang optometri yang bertindak ke atas sistem saraf ini. Selain itu ubat-ubatan lain seperti antibiotik, pewarna untuk kegunaan diagnostik, ubat antihistamin, ubat bius setempat, analog prostaglandin dan bahan lain seperti air mata tiruan yang digunakan di dalam bidang optometri juga dihuraikan. Untuk memudahkan pemahaman, susunan perbincangan tiap bab yang menyentuh ubat-ubatan bermula dengan cara tindak dan kegunaan ubat berkenaan diikuti dengan kesan buruk serta keadaan yang membuat ubat itu dikontraindikasi. Di akhir sekali disenaraikan ubat-ubatan yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk penggunaan optometris.
Actions (login required)
|
View Item |