IIUM Repository

Aplikasi kata pinjaman Arab dalam teks pembelajaran Dan kesannya terhadap penguasaan bahasa Arab

Abd Rahman, Mohd. Zuhir and Yeob, Shamsul Jamili (2015) Aplikasi kata pinjaman Arab dalam teks pembelajaran Dan kesannya terhadap penguasaan bahasa Arab. Journal of Asian Islamic Higher Institution, 1. pp. 1-12.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (509kB) | Request a copy
Official URL: http://www.aiua.asia

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu yang diaplikasi dalam buku teks Bahasa Arab Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sebagai bahan pembelajaran utama di sekolah. Penggunaan kata pinjaman Arab mempunyai peranan dan perkaitan yang penting dalam pembelajaran dan penguasaan bahasa Arab pelajar khususnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah analisis kandungan bertujuan menganalisis kata pinjaman Arab dan kajian lapangan digunakan bertujuan untuk menganalisis kesan penggunaan kata pinjaman Arab terhadap penguasaan bahasa Arab pelajar. Data analisis kandungan diambil daripada buku teks tingkatan tiga, manakala kajian lapangan melalui soal selidik yang dilaksanakan terhadap 50 orang guru sekolah menengah sebagai responden kajian. Kajian ini mengaplikasi prinsip “Pembentukan Kata Bahasa Melayu” oleh Asmah Haji Omar (1991) bagi mengenal pasti kata pinjaman Arab dalam buku teks Bahasa Arab. Berdasarkan prinsip ini, sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu terbentuk melalui kata pinjaman Arab. Kata pinjaman daripada bahasa Arab merupakan kumpulan yang terbesar dalam kata-kata yang dibawa dari luar alam Melayu. Dapatan kajian telah mengenal pasti satu pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang berasaskan kepada kata pinjaman Arab dalam usaha mempertingkatkan penguasaan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 2014/50023
Uncontrolled Keywords: Bahan pembelajaran, kata pinjaman Arab, pembelajaran bahasa Arab, penguasaan bahasa Arab, pendekatan pembelajaran Arab
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Assoc.P Dr Shamsul Jamili Yeob
Date Deposited: 25 Mar 2016 09:33
Last Modified: 15 Nov 2017 16:22
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/50023

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year