IIUM Repository

Meneroka interaksi dinamik dalam kesihatan persekitaran: himpunan siri kajian di Malaysia

Syed Ismail, Sharifah Norkhadijah and Abu Samah, Mohd Armi, eds. (2015) Meneroka interaksi dinamik dalam kesihatan persekitaran: himpunan siri kajian di Malaysia. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia , Serdang, Selangor . ISBN 978-983-2408-29-1

[img] PDF ( Meneroka Interaksi Dinamik Dalam Kesihatan Persekitaran - Himpunan Sri Kajian di Malaysia) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (759kB) | Request a copy

Abstract

Buku bertajuk Meneroka Interaksi Dinamik dalam Kesihatan Persekitaran, Himpunan Siri Kajian di Malaysia ini dapat digunakan sebagai bahan rujukan kepada masyarakat umum mahupun pelajar yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan dengan interaksi dinamik komponen alam sekitar yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran. Buku ini ditulis dengan tujuan untuk memberikan pendedahan kepada pembaca berkenaan dengan interaksi dinamik dan hubungkait antara komponen-komponen utama alam sekitar dalam kesihatan persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia. Kefahaman mengenai hubungkait atau interaksi antara alam sekitar dan kesihatan manusia dapat mendorong individu untuk mengambil peranan yang lebih aktif dalam memulihara alam sekitar. Secara umumnya, isu-isu pencemaran alam sekitar adalah kompleks untuk dikupas dan sukar untuk dikaitkan dengan kesihatan manusia. Di dalam banyak kajian keratan rentas melibatkan kesihatan persekitaran, pendedahan kepada sesuatu pencemaran alam sekitar gagal menunjukkan hubungan dengan gejala penyakit. Ini adalah kerana penyakit tersebut hanya boleh dikesan setelah seseorang individu terdedah dengan pencemaran yang lama dan kronik. Oleh itu, kebanyakan kajian epidemiologi adalah merupakan salah satu rekabentuk kajian yang digalakkan bagi membolehkan hubungan antara penyebab dan kesan dapat dilihat. Interaksi dinamik yang perlu penelitian adalah amat penting untuk difahami dan diteroka bagi membolehkan kesan kepada manusia diatasi. Buku ini juga bertujuan untuk mempuk rasa kecintaan masyarakat kepada alam sekitar dan kepentingan memulihara alam sekitar agar persekitaran yang selamat dan sihat terjamin untuk generasi akan datang. Pada dasarnya, generasi kini adalah merupakan individu yang meminjam alam sekitar daripada generasi yang akan datang. Oleh itu, wajib bagi kita memulangkan semula alam sekitar ini kepada anak-anak kita dalam keadaan yang baik atau lebih baik dari sebelumnya. Selain itu, buku ini boleh menjadi bahan rujukan untuk pelajar Bacelor Sains Kesihatan khususnya dalam program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Ianya juga boleh menjadi sumber rujukan kepada pelajar Bacelor Sains Kesihatan untuk program yang lain seperti program Pemakanan dan dietitik, Sains Bioperubatan, Anatomi manusia dan lain-lain. Buku ini juga boleh menjadi bahan bacaan tambahan untuk pelajar dalam pelbagai disiplin Sains seperti Sains Biologi, Sains Kimia, Sains Komuniti, Teknologi industri dan sebagainya. xiii Ia dilihat dapat menambah koleksi buku dalam bidang kesihatan persekitaran dan diharap boleh dimanfaatkan oleh pelbagai peringkat masyarakat. Buku ini mengandungi 20 artikel yang ditulis oleh penyelidik institusi pengajian tempatan dari pelbagai bidang kepakaran di Malaysia. Artikel yang dimuatkan di dalam buku ini adalah berkisar kepada isu-isu kesihatan persekitaran semasa dan yang terkini dan memfokus kepada Malaysia. Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan buat semua penulis yang menyumbangkan artikel sehingga terbentuknya buku ini.

Item Type: Book
Additional Information: 7301/46134
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GC Oceanography
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
S Agriculture > S Agriculture (General)
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Science
Depositing User: Dr Mohd Armi Abu Samah
Date Deposited: 09 Dec 2015 15:20
Last Modified: 09 Dec 2022 11:21
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/46134

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year