IIUM Repository

Konflik personaliti mampu gugat perpaduan - Pakar

Mohd Salehuddin, Mohd Sarkawi and Musa, Ramli (2013) Konflik personaliti mampu gugat perpaduan - Pakar. Astro Awani News.

[img] PDF (tv news)
Download (67kB)
[img]
Preview
PDF
Download (334kB) | Preview

Abstract

KUALA LUMPUR: Individu yang suka mempermainkan perkara serius sehingga menyentuh soal sensitiviti individu lain diklasifikasikan mengalami konflik personaliti anti sosial. Ini termasuk golongan yang berkecenderungan untuk menyinggung perasaan kaum dan agama pihak lain. Hanya keinsafan dan kesedaran dalam diri mampu mengubah sikap dan perilaku buat mereka yang berdepan masalah tersebut. Menurut Ketua Jabatan Psikiatri Kulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Ramli Musa, isu agama merupakan antara perkara yang jelas mengenai hukum dan batasannya dan tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka. "Dalam aspek psikiatri, seseorang individu dianggap mempunyai masalah personaliti anti sosial jika dia berdepan dengan hal sedemikian. Antara kesan konflik sebegini ialah mereka kurang sensitif terhadap isu-isu tertentu terhadap masyarakat tertentu," kata Dr. Ramli. Beliau menambah, masyarakat di Malaysia seharusnya lebih peka dan memahami konsep kepelbagaian kaum dan agama di sini. Justeru, mereka perlu bersikap lebih sensitif dengan isu yang berkaitan dengan sesuatu agama dan budaya. Ditanya mengenai tindakan yang patut dilakukan bagi mengatasi konflik personaliti anti sosial, Dr. Ramli menyatakan hukuman setimpal sewajarnya dikenakan kepada individu yang disabitkan bersalah melampaui sensitiviti agama dan kaum lain. Namun, disebabkan ia bukan masalah mental yang serius, hukuman yang dikenakan kepada individu tersebut harus bersifat pengajaran agar perkara serupa tidak berulang. "Sesi rawatan pemulihan seperti kaunseling agak kurang praktikal dan sukar menangani gejala ini kerana pesakit mungkin memberikan pelbagai alasan untuk mengelak sekiranya diminta menjalani sesi kaunseling, Hanya hukuman setimpal mampu dijadikan pengajaran untuk diri individu terbabit dan juga masyarakat." Beliau turut berpesan agar masyarakat seharusnya tidak sewenang-wenangnya memusnahkan perpaduan yang terjalin di dalam negara ini kerana usaha untuk memupuk keharmonian merupakan usaha berpanjangan yang dijalankan semua pihak.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 5818/44561
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
R Medicine > RC Internal medicine > RC321 Neuroscience. Biological psychiatry. Neuropsychiatry
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Psychiatry
Depositing User: Professor Ramli Musa
Date Deposited: 21 Sep 2015 08:42
Last Modified: 21 Sep 2015 10:08
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/44561

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year