IIUM Repository

Penerimaan pelajar sekolah menengah terhadap aktiviti lakonan dalam P&P bahasa Arab

Muhammad, Norasmazura and ISMAIL @YAAKUB, AZANI and Che Mat, azman (2014) Penerimaan pelajar sekolah menengah terhadap aktiviti lakonan dalam P&P bahasa Arab. In: Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 14 September 2014, Terengganu.

[img]
Preview
PDF - Accepted Version
Download (9MB) | Preview

Abstract

Aspek pertuturan Bahasa Arab merupakan satu isu yang sentiasa menjadi topik kajian dalam kalangan para pengkaji Bahasa Arab waima dalam kalangan pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. Kebanyakan pengkaji menyimpulkan bahawa terdapat permasalahan dan kekangan dalam tahap pertuturan Bahasa Arab pelajar. Hal ini berkemungkinan berpunca daripada ketiadaan suasana Bahasa Arab semasa P&P, mahupun berpunca daripada aktiviti P&P yang tidak membantu untuk membina aspek pertuturan Bahasa Arab pelajar. Justeru makalah ini cuba menyingkap salah satu aktiviti yang bersifat komunikatif dan berupaya membina serta meningkatkan aspek kemahiran bertutur pelajar. Makalah ini bertujuan meninjau persepsi terhadap aktiviti lakonan dalam kalangan pelajar sekolah rendah berdasarkan hasil dapatan soal-selidik yang diagihkan kepada pelajar. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah menengah agama di Kuala Lumpur yang melibatkan satu kelas sahaja, iaitu tingkatan empat. Pengkaji menggunakan instrument soal selidik dalam mencari jawapan yang diperlukan oleh kajian dan menganalisis data yang diperolehi dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Sciences (SPSS) versi 11.5.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Additional Information: 3784/40399
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Depositing User: norasmazura norasma muhammad
Date Deposited: 30 Dec 2014 14:10
Last Modified: 19 Jun 2018 08:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/40399

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year