IIUM Repository

Kepentingan integrasi zakat dan kewangan mikro Islam terhadap keusahawanan sosial

Hamdan, Hamdino and Othman, Pazim (2014) Kepentingan integrasi zakat dan kewangan mikro Islam terhadap keusahawanan sosial. In: International Conference on Social Entrepreneurship (ICSE 2014), 7th-9th Nov. 2014, Awana Genting Highlands, Genting Highlands, Pahang. (Unpublished)

[img] PDF - Accepted Version
Restricted to Repository staff only

Download (352kB) | Request a copy
[img] PDF (p. 2) - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (342kB) | Request a copy

Abstract

Konsep keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam merupakan integrasi yang semakin penting dalam membantu meningkatkan tahap ekonomi asnaf miskin dan seterusnya membasmi kemiskinan secara keseluruhannya. Kepentingan integrasi keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam tentunya terletak kepada usaha untuk menyelesaikan masalah sosio ekonomi secara bersama, dengan memanfaatkan segala sumber yang ada dan mencari dana untuk membantunya. Bermula dari pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971,kerajaan Malaysia telah menyedari kepentingan keusahawanan sosial dalam menyokong pembangunan perniagaan kecil (microenterprise) bagi tujuan pembasmian kemiskinan.Program ‘Pembangunan Usahawan Asnaf’ (PUA) yang dikendalikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah di antara program yang berkonsepkan keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam yang berjaya diperkenalkan kepada asnaf miskin. Justeru fokus kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program yang dijalankan oleh LZS berasaskan kepada konsep keusahawanan sosial. Keputusan kajian menunjukkan bahawa program ini berjayameningkatkan pendapatan peserta bagi tujuan pembasmian kemiskinan. Keputusan kajianjuga menunjukkan bahawa proses dan prosedur program, kelayakan pegawai, sikap danpengalaman pegawai mempengaruhi pendapatan perniagaan peserta. Kajian ini jugamembuktikan bahawa menerusi perspektif Islam, aspek pembangunan rohani adalah sangatpenting dalam meningkatkan keberkesanan program PUA LZS menerusi bantuan modal perniagaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Additional Information: 6883/39962
Uncontrolled Keywords: Kewangan mikro Islam, zakat, keusahawanan sosial, pembasmian kemiskinan
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > HJ8003 Public credit. Debts. Loans. Claims
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Economics and Management Sciences > Department of Finance
Depositing User: dr hamdino hamdan
Date Deposited: 29 Feb 2016 11:33
Last Modified: 24 May 2018 14:32
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/39962

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year