IIUM Repository

Sejarah perkembangan perpustakaan Tan Sri Omar Mohd Hashim, persatuan sejarah Malaysia1

Wan Mamat, Wan Ali (2014) Sejarah perkembangan perpustakaan Tan Sri Omar Mohd Hashim, persatuan sejarah Malaysia1. Warkah PSM, 42 (14). pp. 5-7. ISSN 1675-0594

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Apabila Persatuan Sejarah Malaysia ditubuhkan pada 30 April 1953, dari semasa kesemasa persatuan ada menerima hadiah buku, majalah dan dokumen berkaitan sejarah secara percuma daripada pelbagai pihak. Bahan-bahan tersebut disimpan di pejabat persatuan. Lambat laun bahan-bahan tersebut menjadi bertambah banyak dan menyempitkan ruang pejabat yang kecil dan sederhana sifatnya. Keadaan sedemikian berlaku semasa Persatuan Sejarah Malaysia beroperasi di Jalan Hose, Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah tersebut satu bilik stor ditingkat atas bangunan, bersebelahan dengan tangga telah dijadikan tempat simpanan terbitan dengan disediakan beberapa almari kayu dan sebuah meja bacaan. Bilik tersebut dikenali sebagai Pusat Sumber Persatuan Sejarah Malaysia. Buku dan majalah disusun dalam almari-almari tersebut tanpa di katalog atau di kelaskan mengikut subjek. Perpustakaan diselia oleh setiausaha dengan kerjasama seorang ahli Jawatankuasa persatuan. Mereka yang berminat membaca biasanya mengambil bahan daripada pusat sumber dan membacanya di bilik tamu atau bilik mesyuarat kerana persekitarannya lebih nyaman dibanding dengan bilik pusat sumber. Anggota Jawatankuasa Persatuan Sejarah boleh meminjam bahan-bahan berkenaan dengan syarat menulis nama pada sebuah buku daftar yang dikawal oleh Setiausaha. Pusat sumber tidak mempunyai staf khusus apatah lagi pustakawan.

Item Type: Article (Magazine)
Additional Information: 6178/39364
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Information and Communication Technology > Department of Library & Information Science
Kulliyyah of Information and Communication Technology > Department of Library & Information Science
Depositing User: Ahmad Nazreen Mohd Shamsuri (PT)
Date Deposited: 02 Dec 2014 11:26
Last Modified: 02 Dec 2014 11:26
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/39364

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year