Abd Rahman, Saodah (2014) Fahami konsep pendidikan, ilmu. Utusan Malaysia. p. 12. ISSN -
PDF
- Published Version
Download (144kB) |
Abstract
PENDIDIKAN merupakan satu institusi yang paling penting dalam pembentukan keperibadian sesuatu ummah dan pembangunan negara. Kelemahan sistem pendidikan boleh mengakibatkan sesuatu bangsa hilang identiti dan keistimewaanya. Kemuliaan ilmu pengetahuan diperakui oleh semua bangsa di dunia ini. Kehebatan manusia jika dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain adalah berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki olehnya. Nabi Adam a.s. iaitu manusia pertama yang diciptakan oleh Allah mempunyai keistimewaan melebihi malaikat apabila baginda dianugerahkan oleh Allah dengan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya berkaitan dengan hal ehwal ilmu duniawi. Allah mengajar Nabi Adam pelbagai ilmu pengetahuan bagi memudahkan baginda mengendalikan hal ehwal keduniaan.Seperti mana firman Allah dalam Surah 2 (al-Baqarah):31 yang bermaksud; "Dan Dia (Allah) mengajarkan Adam nama-nama (benda) seluruhnya". Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140927/re_01/Fahami-konsep-pendidikan-ilmu#ixzz3Emw9B3oC © Utusan Melayu (M) Bhd
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 369/38511 |
Uncontrolled Keywords: | education |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
Depositing User: | Dr. Saodah Abd Rahman |
Date Deposited: | 29 Sep 2014 17:06 |
Last Modified: | 18 Jun 2018 21:53 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/38511 |
Actions (login required)
View Item |