Sitiris, Miszairi and Halim, Akmal Hidayah
(2010)
Tuntutan harta sepencarian dalam kes kematian.
Kanun- Jurnal Undang-Undang Malaysia, 22 (1).
pp. 26-46.
ISSN 0128-2670
Abstract
Di Malaysia, tuntutan harta sepencarian diiktiraf oleh Undang-undang Keluarga Islam
di setiap negeri dan boleh dituntut dengan sebab berlakunya perceraian, poligami atau
kematian. Namun begitu, dalam kes tuntutan harta sepencarian selepas kematian seseorang
pasangan, masih terdapat kekeliruan, terutama dari segi penentuan mengenai siapa yang
berhak membuat tuntutan, prosedur mahkamah, kaedah pembuktian, cara pembahagian serta
jenis harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian. Makalah ini bertujuan mengenal
pasti proses tuntutan harta sepencarian dalam kes kematian, khususnya di Negeri Selangor
dengan memberikan penekanan kepada amalan Mahkamah Syariah dalam memutuskan
kes-kes berkaitan tuntutan sebegini. Pengertian harta sepencarian, kedudukannya dalam
Islam, di samping peruntukan dalam Undang-undang Keluarga Islam yang berkaitan turut
dibincangkan bagi menentukan tuntutan atau pembahagian harta sepencarian selepas kematian
adalah suatu amalan selari dengan tuntutan syarak dalam menegakkan keadilan.
Actions (login required)
|
View Item |