Abd Rahman, Saodah (2013) Ajaran sesat membentuk pemikiran radikal. Utusan Malaysia, - (-). p. 11. ISSN -
PDF
- Published Version
Download (581kB) |
Abstract
AJARAN sesat merupakan virus yang boleh merosakkan jiwa dan pemikiran umat Islam. Penularan ajaran sesat di Malaysia adalah berkaitan dengan beberapa faktor yang kurang disedari oleh masyarakat Islam. Pertama, sikap umat Islam yang terlalu memuja pemimpin agama yang bertopengkan Islam tanpa mengkaji latar belakang pendidikan agama dan keperibadian pemimpin tersebut. Kejahilan dalam konteks ajaran Islam menyebabkan umat Islam mudah tunduk kepada individu yang sering menonjolkan perwatakan sebagai orang alim dan bertakwa. Umat Islam yang tergolong dalam kumpulan ini sering menjadi orang yang fanatik kepada ketua dan berfikiran sempit. Mereka akan mentaati setiap arahan daripada ketua mereka tanpa mempersoalkan arahan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam atau nilai kemanusiaan. Sikap taqlid (menganuti ajaran secara membuta tuli) begini boleh menyebabkan umat Islam hilang pertimbangan akal apabila mereka diarahkan oleh ketua kumpulan bertindak terhadap individu-individu yang dianggap musuh kepada pergerakan mereka.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 369/33084 |
Uncontrolled Keywords: | Ajaran sesat |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
Depositing User: | Dr. Saodah Abd Rahman |
Date Deposited: | 09 Dec 2013 10:03 |
Last Modified: | 09 Dec 2013 10:03 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/33084 |
Actions (login required)
View Item |