IIUM Repository

Kedudukan kitab mujarrobat al fawaid sebagai karya perubatan melayu

Mohd Shafri, Mohd Affendi (2013) Kedudukan kitab mujarrobat al fawaid sebagai karya perubatan melayu. In: Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan, 25 Feb.. 2013, IAIN Al-Raniry, Banda Aceh, Aceh.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (642kB) | Request a copy

Abstract

Ilmu perubatan termaktub dalam cabang-cabang ilmu yang mejadi topik penulisan kitab ilmuwan Nusantara. Sebahagian karangan ini ditulis sebagai sebuah kitab perubatan yang lengkap manakala sebahagian lagi ditulis sebagai sebahagian karangan induk. Kitab al-Fawaidi Tarjamah atau kitab Mujarrobat al-Fawaid merupakan sebuah kitab nadir dari koleksi karangan ulama Terengganu di abad ke 19 dan disebut sebagai termasuk dalam kategori kitab yang mengandungi ilmu perubatan. Analisa ringkas ke atas kitab mendapati kitab ini boleh dikategorikan sebagai kitab perubatan kaedah kerohanian menggunakan ayat-ayat al-Quran atau zikir, doa, jampi serta wafaq tertentu untuk mengubati penyakit fizikal seperti sakit kepala dan sakit gigi, dan juga penyakit spiritual seperti terkena sihir. Penggunaan tumbuhan atau haiwan turut termuat dalam jumlah yang sangat minimal di dalam kitab ini. Bagaimanapu, kajian ke atas kitab ini adalah penting kerana ia ditulis sebagai satu reaksi terhadap kitab perubatan lain dan dengan itu menjadi sebahagian daripada polemik dalam ilmu perubatan masyarakat Melayu di abad ke 19 itu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 6845/32050
Uncontrolled Keywords: perubatan Melayu, perubatan Islam, mujarrobat, kitab Jawi, ilmu tib
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Allied Health Sciences
Depositing User: Dr Mohd Affendi Mohd Shafri
Date Deposited: 30 Sep 2013 11:18
Last Modified: 03 Jun 2014 12:46
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/32050

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year