IIUM Repository

Anak terdampar (Laqit) v anak tak sahtaraf

Mohd, Azizah (2012) Anak terdampar (Laqit) v anak tak sahtaraf. In: Kajian Rumah Perlindungan Bayi Terbuang (Baitul Laqit) ., 28 Mac 2012, Shah Alam, Selangor. (Unpublished)

[img] PDF - Presentation
Restricted to Registered users only

Download (403kB) | Request a copy

Abstract

Anak terdampar (laqit) adalah merujuk kepada seorang anak yang dijumpai terdampar sama ada kerana dibuang oleh keluarganya atau kerana sesat dan tidak diketahui siapa ibu bapanya.Fuqaha Sunni secara umumnya mentakrifkan laqit sebagai seorang anak yang dibuang kerana takut atau malu dituduh berzina atau kerana papa dan tidak diketahui siapa ibubapa atau penjaganya.Anak tak sahtaraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak di luar nikah. Berdasarkan perbincangan para fuqaha tentang nasab seorang anak, secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa anak zina adalah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil dari perzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah ataupun persetubuhan syubhah. Kertas pembentangan ini adalah berkenaan dengan perbezaan dan persamaan di antara anak terdampar dan anak tak sahtaraf dan apakah perlindungan dan pemulihan yang sesuai bagi memastikan kanak-kanak jenis ini dilindungi, dan adakah penubuhan Bait al-laqit bersesuaian sebagai satu jalan perlindungan bagi kanak-kanak ini. Perbincangan merangkumi peruntukan dalam Hukum syara' dan perundangan di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech/Talk)
Additional Information: 1931/27446
Uncontrolled Keywords: Anak terdampar, anak tak sahtaraf, Undang-undang Islam, Undang-undang di Malaysia
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H10 Societies
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law
Depositing User: Dr Azizah Mohd
Date Deposited: 29 Dec 2012 08:14
Last Modified: 29 Dec 2012 08:34
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/27446

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year