IIUM Repository

Konflik pembahagian harta pusaka (Al-mirath) dan krisis identiti dalam institusi kekeluargaan masyarakat Melayu: satu tinjauan dari perspektif Islam

Yaakub, Muhamadul Bakir and Othman, Khatijah (2012) Konflik pembahagian harta pusaka (Al-mirath) dan krisis identiti dalam institusi kekeluargaan masyarakat Melayu: satu tinjauan dari perspektif Islam. Jurnal ILIM (5). pp. 39-58. ISSN 1985-5842

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Isu pembahagian harta pusaka (al-Mirath) dalam masyarakat Melayu merupakan isu yang perlu diberi perhatian khusus, ini kerana ianya mempengaruhi bentuk pembangunan masyarakat Melayu Islam secara keseluruhannya. Ia haruslah ditangani dengan bijaksana, tanpa meninggalkan impak negatif, yang menjurus ke arah keruntuhan rumpun bangsa dan identitinya. Sungguhpun sistem al-Mirath telah banyak diperbahaskan, namun bentuk pelaksanaannya adalah pelbagai dan banyak bercampur- baur dengan nilai-nilai berasaskan adat resam setempat (sama ada bagi tujuan penyesuaian ataupun keperluan-keperluan lain). Apa yang jelasnya di sini, pelaksanaan sistem al-Mirath di Malaysia tidaklah semudah yang dijangkakan. Kerap kali pula ia membawa kepada perbalahan dan konflik kekeluargaan. Fenomena ini seterusnya membawa kepada krisis identiti dalam sesebuah masyarakat. Jelasnya, kajian ini membincangkan bagaimana konflik pembahagian al-Mirath ini menyebabkan perpecahan hubungan kekeluargaan serta menjejaskan pembangunan struktur identiti diri anggota keluarga yang terlibat. Beberapa kajian kes dianalisis sebagai contoh pembuktian keadaan ini, di samping mengemukakan cadangan penambahbaikan dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan Islam di Malaysia dan sekaligus meningkatkan pembangunan identiti bangsa Melayu Muslim umumnya.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 1669/26972
Uncontrolled Keywords: al-mirath, family identity crisis, social conflict
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Muhamadul Bakir Yaakub
Date Deposited: 28 Dec 2012 08:46
Last Modified: 23 Mar 2015 04:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/26972

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year