IIUM Repository

Usah samakan seperti Ikhwan Muslimin Mesir

Abd Rahman, Saodah (2012) Usah samakan seperti Ikhwan Muslimin Mesir. Utusan Malaysia, - (-). p. 10. ISSN -

[img] PDF - Published Version
Download (891kB)

Abstract

PERGOLAKAN politik di negara Arab sepatutnya dikaji secara terperinci supaya suasana begini tidak wujud dalam negara ini. Kurang kefahaman terhadap konteks sosio-budaya, ekonomi dan politik dalam negara Arab yang diperintah oleh rejim sosialis dan diktator boleh menyebabkan golongan tertentu cuba mengaburi mata masyarakat bahawa perjuangan politik mereka adalah sama dengan pergerakan Islam yang berpengaruh di negara-negara Arab. Sistem politik, ekonomi dan sosial di negara-negara Islam yang diperintah oleh rejim yang berkiblat kepada negara Barat adalah terlalu jauh beza dengan Malaysia. Suasana yang wujud di negara Arab terutamanya di Mesir terlalu berbeza dengan negara ini. Pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya merupakan agenda utama kerajaan kita setelah mendapat kemerdekaan. Sistem demokrasi berparlimen digariskan dengan prinsip Rukunegara dan sebagainya diperkembangkan dan diamalkan bagi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu, hormat menghormati dan saling memahami. Ini merupakan salah satu proses pembangunan masyarakat dan negara yang dilaksanakan oleh Malaysia.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 369/24399
Uncontrolled Keywords: Muslim
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Dr. Saodah Abd Rahman
Date Deposited: 02 Jul 2012 11:33
Last Modified: 11 Jul 2014 15:14
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/24399

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year